CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55075|Reply: 0

[Pulau Pinang] Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut


Ogos 11, 2024 @ 3:36pm







Dua empangan di Pulau Pinang menyusut. - Foto hiasan BERNAMA



GEORGETOWN: Hujan sejak beberapa hari lalu dilihat masih belum cukup untuk menambah simpanan semasa air mentah di dua empangan utama negeri ini.

Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang hari ini menunjukkan kapasiti di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus, berbanding 31.2 peratus direkodkan Khamis lalu.

Bagi Empangan Teluk Bahang pula, kapasiti turut menurun sebanyak 0.8 peratus iaitu daripada 27.4 peratus pada Khamis kepada 26.6 peratus hari ini.

Sementara itu, kapasiti air di sebuah lagi empangan iaitu Empangan Mengkuang berada pada paras normal iaitu 86.2 peratus.

Selasa lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan baki stok simpanan semasa air mentah di Empangan Muda, Kedah; Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menyusut dan berada pada paras bahaya dengan bacaan dicatatkan masing-masing 7.44 peratus, 16.43 peratus dan 28.20 peratus, setakat 5 Ogos.

Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran iaitu kurang 59.99 peratus.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan berkata, lima empangan itu ialah Empangan Air Hitam di Pulau Pinang dengan 32.40 peratus, Empangan Malut, Empangan Pedu dan Empangan Beris di Kedah masing-masing mencatatkan 37 peratus, 37.02 peratus dan 53.39 peratus, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis sebanyak 38.49 peratus.

Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang merayu hampir 600,000 pengguna air domestik berdaftar di negeri ini supaya mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus hingga musim hujan bulan depan, bagi mengelakkan berlakunya krisis air.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk K Pathmanathan, berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan domestik akan dapat membantu menjimatkan 50 juta liter sehari.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga mengaktifkan pelan pengurusan krisis bagi meminimum kesan isu taburan hujan rendah serta memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi sehingga musim hujan pada September. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1283391/paras-air-di-dua-empangan-pulau-pinang-menyusut






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.140914 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list