CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6010|Reply: 53

[Tempatan] Wajibkan penjawat awam buat pemeriksaan kesihatan cegah obesiti- Cuepacs

[Copy link]
Post time 14-8-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kerajaan disyor mewajibkan penjawat awam berusia 40 tahun dan ke atas, terutama dalam kalangan mereka yang mula menunjukkan tanda-tanda obesiti, melaksanakan pemeriksaan kesihatan berkala sebelum diserap dalam program intervensi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat berkata, program kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan untuk mengawal dan memantau kumpulan penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti.

Menurutnya, pelaksanaan program tersebut bagi mengenal pasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor kepada penyumbang masalah tersebut kemudian disusuli dengan merangka dan melaksanakan program intervensi.

"Setiap program intervesi yang dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya supaya mencapai objektif yang ditetapkan.

"Hanya peserta yang menunjukkan penurunan positif sahaja boleh dibebaskan daripada program intervensi yang dilaksanakan tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan kembali 'bermasalah'.

"Perkara yang sama boleh dilaksanakan di sektor swasta bagi memastikan golongan pekerja di Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat disamping melakukan aktiviti pekerjaan lain. Tindakan bersama oleh majikan masing-masing boleh membantu mengurangkan masalah obesiti di Malaysia dengan lebih berkesan,"katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, masalah berat badan berlebihan bukanlah suatu perkara yang baharu di Malaysia dan tidak hanya membabitkan penjawat awam.

Justeru, masalah kegemukan rakyat Malaysia perlu diambil perhatian lebih serius oleh semua pihak kerana perkara tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan.

"Obesiti dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Cuepacs melihat masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam lebih kepada tabiat pemakanan dan juga gaya hidup individu tersebut.

"Untuk menangani obesiti secara berkesan sebenarnya datang daripada dalam diri kita sendiri. Jika kita perhatikan, sudah banyak program kesedaran kesihatan dibuat misalnya membabitkan media massa, selain kempen penerangan awam. Banyak juga maklumat pendidikan mengenai pemilihan makanan yang sihat dihebahkan," katanya.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2024 11:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:23 PM | Show all posts
Setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:28 PM | Show all posts
Implement cecepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 03:29 PM | Show all posts
abisla lps ni acik gomen xgundu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi la reward khas utk mereka join aktiviti fun run, marathon etc. esp mereka yg dah usia 40 ke atas. manusia ni kna la motivate sikit. company my brother siap kene tunjuk result fitness app tu everyweek dah brapa step or distance n pace larian kat boss. siap kat office pun semua hidang makanan sihat2 sayur2 n buah2. nasi2 bergulai berkari minuman manisa semua dah takde.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2024 04:20 PM | Show all posts
sokom.. better nak naik pangkat BMI kena cantik

mana hat obese tu freeze tak naik pangkat tak naik gaji

kompom lepas tu mesia tak mendonia rakyat gemuk2 belake
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin bersekendel la diorg, lemak dah tak gelebeh untuk tutup poen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-8-2024 04:21 PM
Makin bersekendel la diorg, lemak dah tak gelebeh untuk tutup poen.

Hehehe, acapkali dengar acik2 gomen tak padan dengan badan barai menggelebeh ada skendel kat opis, ni plak kalau solid molid..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:33 PM | Show all posts
suka suki je guna gambar chrissy metz
pe kata letak gmbr tt jek

yihhhh

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aik kt opis i mmg dh lama kn buat medical checkup under socso utk umo 40an ke ats..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 14-8-2024 04:27 PM
Hehehe, acapkali dengar acik2 gomen tak padan dengan badan barai menggelebeh ada skendel kat opis, ...

dorg blh dpt skendel kelebihan sbb keja gomen  wpn badan haukk
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 14-8-2024 04:42 PM

i tgk kt ofis i ni ptg mnm kopi..tghari mnm lg..
nth la ke i yg asyik fikir psl kena diet.bkn la utk kuwus je tp utk kesihatan la...
wpn i xla gemuk obesiti tp i tkt mnm manis..tkt kena diabetic..
so i jaga awl2..mitk jauh dr obesiti dan penyakit..hari hari doa mitk kuwus..br 7 kg dh 4 bln i diet
lg dua kg nk 49 kg
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tp i lapar arini..pg td xsempat masak bekal...smlm punya la sbkm tdo i ckp xsabar nk tunggu pg nk masak ns goreng cauliflower..
hampeh ..alarm xbnyi...arini xsempat bwk bekal sgt..sempat bakar roti ngn telur rebus je
jgn la rosak diet i rini..i xnk mkn kedai..nk cauliflower goreng yg sndiri masak je..tp xsempat dh sbb balik keja dh mlm
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat meols x payah tunggu 40 an. Implement je terus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:50 PM | Show all posts
Mana taknya, minggu gaji je ada karnival jual makanan mcm food fair tu kat luar office! Kalau i jadi acik gomen pun i ikut bulat sekali.. Syurga makanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 04:51 PM | Show all posts
edayildiz replied at 14-8-2024 08:41 AM
tp i lapar arini..pg td xsempat masak bekal...smlm punya la sbkm tdo i ckp xsabar nk tunggu pg nk ma ...

u joging malam lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:55 PM | Show all posts
edayildiz replied at 14-8-2024 08:39 AM
i tgk kt ofis i ni ptg mnm kopi..tghari mnm lg..
nth la ke i yg asyik fikir psl kena diet.bkn la utk ...

kat office i pun, air kotak kopi teh apa semua dibalun
tu belum lagi mintak suruh beli snacks mcm popcorn
budak2 muda lagi 20-30an makan macam takde hari esok
belum nak 40 dah sakit i rasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 05:00 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 14-8-2024 04:55 PM
kat office i pun, air kotak kopi teh apa semua dibalun
tu belum lagi mintak suruh beli snacks mcm  ...

mostly geng opis memang suka makan pun..
bila dah masuk 30-an memang payah nak turun berat badan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-8-2024 04:51 PM
u joging malam lagi tak?

jogging..mgu ni x skip lg..tp mlm ni i rasa xnk jogging sbb pg td i bgn kul 8 am..mcm rushing giler dr pg.sbb time  balik nnti i sampai umah jam 8..rushing mnd solat semua ..lps isyak trus p smbg jogging..boring betul hidup i
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 14-8-2024 04:55 PM
kat office i pun, air kotak kopi teh apa semua dibalun
tu belum lagi mintak suruh beli snacks mcm  ...

betul..yg umo muda muda dh berpenyakit asyik mc..tu yg i mcm berjaga jaga jgk..xpela kn ast leadt kita try jgk jaga mkn...jgn la dk mkn tak beringat..muda muda dh potong sakit...mitk jauh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058368 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list