CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41965|Reply: 0

[Kedah] Warga asing guna identiti palsu Rohingya miliki kad UNHCR

[Copy link]
Post time 21-8-2024 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-8-2024 06:42 PM

Warga asing guna identiti palsu Rohingya miliki kad UNHCR

OlehROSLINDA HASHIM

21 Ogos 2024 05:37pm




Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Yusof




ALOR SETAR - Persatuan Rohingya Malaysia Kedah mendedahkan terdapat w

Pengerusinya, Yusof Ali mendakwa, pihaknya telah mengesan individu warga asing dari negara lain turut memiliki kad UNHCR atas nama Rohingya, sebaliknya mereka berasal dari Bangladesh atau Myanmar.



Menurutnya, ia menimbulkan kesulitan kepada etnik minoriti Islam itu apabila warga asing ditahan terlibat dalam jenayah dan memiliki kad berkenaan.

“Saya dapati ramai warga asing dari negara lain juga miliki kad UNHCR. Ini menimbulkan masalah kepada komuniti Rohingya apabila jenayah dilakukan warga asing lain dikaitkan dengan Rohingya.


“Apabila diperiksa pihak berkuasa, mereka tunjukkan kad tersebut dan ditulis bangsa Rohingya, tetapi sebenarnya dia bangsa lain dan dari negara lain,” katanya di sini pada Rabu.

Yusof berharap kerajaan memeriksa dan menyiasat ketulenan kad UNHCR yang kemungkinan palsu atau ditawarkan sindiket kepada warga asing lain.


“Saya kesal ada warga asing lain turut diberikan kad UNHCR atas nama pelarian Rohingya. Bila mereka buat kesalahan atau jenayah, nama komuniti Rohingya tercemar.

“Rakyat negara ini sudah tahu pemegang kad UNHCR adalah Rohingya tetapi mereka tidak tahu ramai bangsa lain turut miliki kad tersebut. Kad itu disalah guna oleh bukan pelarian Rohingya,” katanya.




Menurutnya, paling membimbangkan apabila pelaku warga asing pemegang kad UNHCR dikaitkan dengan kes jenayah seperti rompakan atau pembunuhan.

“Mungkin ramai keliru sebab dari segi percakapan, luaran fizikal tidak jauh beza antara Bangladesh dan Rohingya.

“Periksa betul-betul negara asal pemohon sebelum kad dikeluarkan. Pemegang kad palsu UNHCR atas nama Rohinya perlu diambil tindakan bagi mengelak disalah guna warga asing lain,” jelasnya.

Yusof percaya ia turut menimbulkan kebimbangan kepada rakyat tempatan terhadap komuniti Rohingya apabila penjenayah warga asing merupakan pemegang kad UNHCR palsu atau tidak layak diberikan kad tersebut.

“Ada yang mohon lebih lima tahun masih belum diberikan kad UNHCR, ada sudah beranak-pinak masih belum dapat kad. Saya cadangkan bayi baru lahir terus diberikan kad tersebut bagi mengelak penipuan.

“Apabila terdapat kematian pun payah sebab perlu tunggu surat siap sebelum dikebumikan,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi memantau aktiviti atau kemasukan komuniti ini dalam negara, setiap negeri seharusnya memiliki data pemegang kad UNHCR selain disarankan agar menyediakan surat rentas negeri sekiranya pelarian ini mahu memasuki negeri lain.

“Saya sentiasa ingatkan warga Rohingya jangan terlibat aktiviti jenayah dan hormati budaya rakyat tempatan.

Yusof memaklumkan, dianggarkan sekitar 7,000 Rohingya berada di Kedah, yang mana 3,000 daripadanya sudah berkeluarga.

“Persatuan ini sentiasa berikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan dalam hal-hal berkaitan komuniti ini,” jelasnya.

Pada Isnin malam, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing susulan penemuan mayat dua beranak di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di Jalan Sultan Abdul Halim pada petang Isnin.

Suspek berusia 43 tahun itu diberkas di sebuah masjid di Bukit Pinang, pada 9.05 malam bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun yang dijumpai selamat.

Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai anak bongsu suspek pula ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah pada Selasa.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Yusof sedia membantu mencari keluarga yang sesuai untuk menjaga kanak-kanak tersebut yang kini dalam penjagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

https://www.sinarharian.com.my/article/681478/edisi/utara/warga-asing-guna-identiti-palsu-rohingya-miliki-kad-unhcr


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066039 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list