CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37806|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kantoi guna dokumen pengenalan diri budak 10 tahun mohon pasport

[Copy link]
Post time 22-8-2024 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-8-2024 01:02 AM

Kantoi guna dokumen pengenalan diri budak 10 tahun mohon pasport

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

21 Ogos 2024 11:36pm




Cubaan lelaki warga Sri Langka mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia gagal.




GEORGE TOWN - Cubaan seorang lelaki warga Sri Lanka untuk mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun tidak kesampaian apabila tindakannya berjaya dikesan oleh pegawai imigresen bertugas.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, individu berkenaan hadir ke Pejabat Imigresen UTC Komtar membuat permohonan pasport Malaysia sambil ditemani seorang wanita warga tempatan yang kononnnya sebagai ibunya.



Menurutnya, penyelia bertugas menyedari keadaan fizikal suspek tidak sepadan dengan kanak-kanak yang berumur 10 tahun selain mendapati suspek tidak memahami sebarang soalan yang diajukan.

]
Wanita terbabit mengaku dia bukanlah ibu kepada lelaki tersebut dan telah menerima sejumlah wang sebagai ganjaran untuk urusan berkenaan.




"Bertindak daripada keadaan itu, siasatan awal telah dilakukan oleh ketua pejabat ke atas suspek dan ibunya.


"Suspek didapati tidak boleh berbahasa Melayu dan ketika soal siasat oleh pegawai mendapati pertuturan suspek bukanlah dalam dialek pertuturan Tamil yang diucapkan oleh orang India di Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook Jabatan Imigresen Pulau Pinang pada Rabu.

Nur Zulfa berkata, hasil siasatan awal yang dilakukan itu membawa kepada pengakuan oleh wanita terbabit yang mengaku dia bukanlah ibu kepada lelaki tersebut dan telah menerima sejumlah wang sebagai ganjaran untuk urusan berkenaan.


Katanya, suspek terbabit juga mengaku dia adalah seorang warga Sri Lanka.


"Wanita dan lelaki itu ditangkap di bawah Akta Pasport 1966 untuk siasatan dan tindakan lanjut jabatan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/681531/berita/semasa/kantoi-guna-dokumen-pengenalan-diri-budak-10-tahun-mohon-pasport


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.095376 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list