CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59055|Reply: 0

[Pulau Pinang] Program 100 saintis turun ke sekolah bermula bulan ini

[Copy link]
Post time 23-8-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Program 100 saintis turun ke sekolah bermula bulan ini


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]







Chan Lih Kang (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo melihat demonstrasi ujian pembakaran ketahanan plastik cetakan 3D di reruai Pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2024 Peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Persendirian Cina Han Chiang, hari ini. FOTO AMINAH YUSOF





Georgetown: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bersedia dengan senarai 100 saintis untuk menyertai program jangkau luar ke 100 sekolah di seluruh negara bermula bulan ini.

Menterinya, Chan Lih Kang berkata, Akademi Sains Malaysia (ASM) akan memperkenalkan program dinamakan Sains, Teknologi Inovasi 100 kuasa tiga (STI 100³) bagi merealisasikannya dalam tempoh 100 hari pelaksanaan program.

"Kami sudah mendapat kerjasama dan kebenaran Kementerian Pelajaran (KPM), jadi kami akan memulakan program itu pada bulan ini dan dalam tempoh 100 hari, kami akan pergi ke 100 sekolah.

"Kami mempunyai perancangan program dan kesemuanya adalah saintis tempatan yang dikumpul dalam negara," katanya selepas merasmikan Pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2024 Peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Lih Kang menyenaraikan 100 saintis untuk mengadakan program bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM di 100 sekolah.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, program itu tidak hanya disertai saintis,

malah dari industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti bioteknologi, angkasa, nanoteknologi termasuk pemilik syarikat-syarikat pemula.

Menurutnya, pihaknya akan melaksanakan STI 100³ secara bersama dengan program lain untuk membudayakan STI seperti Kem STEM, Kecerdasan Buatan (AI) untuk Belia dan Malaysia Techlympics bagi memperkasa golongan sasar dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi berimpak tinggi.

"Program ini tiada silibus, tetapi lebih kepada memberi inspirasi. Kita bawa saintis ke sekolah untuk menyuntik semangat pelajar dengan tekad memupuk lebih minat dan kecenderungan terhadap bidang STI khususnya STEM," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 23, 2024 @ 3:45pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1126178/program-100-saintis-turun-ke-sekolah-bermula-bulan-ini





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.244293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list