CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23871|Reply: 3

[Tempatan] Blueprint ‘The Greater Kedah’ bakal dilancar

[Copy link]
Post time 26-8-2024 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: The Greater Kedah hanya akan menggunakan sumber dalam negeri untuk melonjakkan negeri ini ke tahap lebih baik.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.

Menurutnya, kebanyakan pelan The Greater membabitkan negeri-negeri lain tidak dihebahkan kerana ia merupakan perkara sensitif apabila melibatkan sumber (feeder) dari negeri lain.

“Kita lancar The Greater Kedah dan perlukan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri lain tetapi ia tidak akan sentuh perkara berkepentingan sensitif.

"Hanya menyentuh hal-hal berkaitan tanggung jawab, fungsi, peranan dan sumber yang kita ada untuk bangkitkan kekuatan menuju Greater Kedah,”
katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan pertanyaan lisan Azhar Ibrahim (Pas-Ayer Hitam) berkaitan perancangan dan halangan dalam melaksanakan The Greater Kedah.

Sanusi percaya hasrat Kedah itu tidak akan dihalang kerajaan Persekutuan kerana masing-masing memahami bidang kuasa dan fungsi setiap pihak.

“Untuk memastikan rancangan kita untuk muncul sebagai negeri lebih baik dan hebat, kita sentiasa berlapang dada dan membuka tangan seluasnya untuk jalin kerjasama antara Persekutuan atau mana-mana negeri agar laluan kita menjadi lebih mudah,” jelasnya.

Menurutnya, diharap semua agensi dan jabatan Persekutuan juga dapat menyelami hasrat tersebut kerana The Greater Kedah akan menjadi dokumen utama sebagai pandu arah pembangunan negeri.

Sanusi memaklumkan, bagi memastikan agenda The Greater Kedah dapat dicapai, sebuah Jawatankuasa Pemandu Jawatankuasa Pelaksana dan Sekretariat The Greater Kedah ditubuhkan.

“Jawatankuasa terlibat sedang menyediakan draf pertama Blueprint The Greater Kedah. Jawatankuasa ini sedang menilai dan memuktamadkan isi kandungan blueprint dan dijangka dilancarkan hujung September ini,” katanya.

Jelasnya, Blueprint The Greater Kedah merangkumi pelan perancangan sedia ada antaranya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035), Pelan Strategik Ahli Majlis Kerajaan Negeri 2024- 2028 serta Rancangan Struktur Negeri (RSN).

“The Greater Kedah merupakan gagasan besar negeri untuk tempoh jangka panjang melibatkan keseluruhan aspek berkepentingan negeri. Ia melibatkan usaha pemerkasaan dalam aspek seperti ekonomi, sosial, hasil bumi, fiskal negeri, tadbir urus, perundangan dan kehakiman serta kerjasama strategik dan perancangan geopolitik,” jelasnya. -- Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahu pun nak berlapang dada.

Ni tak, siap kutuk Dialek yang digunakan dalam Tulisan Jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:41 PM | Show all posts
Mengapa harus dinamakan "The Greater Kedah"  ... bukankah  nama "Kedah Mahawangsa" lebih cocok digunakan untuk menggambarkan kebesaran dan kehebatan "Negeri Kedah dan Bangsanya" ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.178959 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list