CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36508|Reply: 121

[Tempatan] Operasi SAR ditamatkan atas faktor risiko keselamatan penyelamat

[Copy link]
Post time 28-8-2024 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 31-8-2024 10:15 PM

Update:

KUALA LUMPUR: India memberikan penghargaan terhadap usaha Malaysia dalam mencari dan menyelamat (SAR) seorang rakyatnya, Vijaya Lakshmi Goli, 48, yang hilang susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam sesi pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy, sebelum ini.

Jelas Dr Zaliha, dalam pertemuan itu juga, Reddy menyatakan pihaknya memahami jika operasi SAR terpaksa dihentikan atas sebab tertentu.


----------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India di sini, akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.

Katanya, taklimat juga disampaikan mengenai fungsi loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang kedua-duanya menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga Kuala Lumpur.

"Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.

"Kira-kira 0.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasaliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasaliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini," katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan dari Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.

"Sebagai Ahli Parlimen di sini, saya juga ambil maklum dan teliti mengenai kebajikan pasukan penyelamat,"katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy berusia 48 tahun.

Berikutan itu, pasukan penyelamat memperluas operasi membabitkan enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2024 11:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr nya diaorg ada flush kasi perjalanan sisa kumbahan KL tu cepat sikit ke loji utama (Pantai Dalam). That's why SAR team fokus kat sini skrg.

I yakin ada peluang jumpa.
Cuma dlm keadaan apa tu tak tau la.

I doakan jumpa sebab I kesian sgt dgn bomba ni. Teruk sgt keje SAR nak cari aci ni.

Ya Allah jumpakan lah.
Supaya bomba yg terlibat ni semua boleh cuti.
Sekarang tak boleh cuti.

And I doa jugak diaorang dapat promotion tahun ni tanpa perlu di transfer
I rasa jabatan bomba & penyelamat kerja teruk sgt tahun ni.

Drpd selam dlm air sungai sampai ke selam dlm air taik nak mencari & menyelamatkan org.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 09:34 AM | Show all posts

"Pihak universiti patut nya bantu la design drone kapal selam..masuk dlm lubang camni..leh remote bagai... ada kamera 360 degree..senang buat pemetaan skali."

Buat pemetaan = Buat mapping

Contohnya, gunakan kepakaran manusia dan teknologi untuk fahamkan tentang sistem paip dalam tanah. Sebagai contoh, tahu lokasi sebenar paip, di mana sambungan paip, berapa diameter paip, berapa kedalaman paip, etc. Lalu maklumat ini semua diterjemahkan dalam bentuk peta.

Konsep yang sama macam peta jalan. Tapi ini buat peta untuk perkara-perkara dalam tanah seperti saluran paip air, saluran paip kumbahan, saluran telekomunikasi (kalau ada), kawasan tanah yang mudah larut, kawasan tanah yang dekat dengan sumber air semulajadi seperti sungai, kawasan tanah yang pernah berlaku kes sebelum ini, etc.

Bila ada peta yang jelas untuk pelbagai perkara dalam tanah, senang la nak buat apa-apa tugasan. Sama ada nak buat planning, evaluation, approval, maintenance, rescue operation, etc.

Tapi tak pasti la plak kalau otak orang yang diberi tanggungjawab untuk perkara-perkara seperti ini mempunyai tahap kualiti yang tinggi. Kalau teknologi saja hebat, tools saja hebat, mapping saja hebat, SOP saja hebat ... tapi bila buat kerja hauk-sehauk-hauknya, sejenis pemalas nak mampus, sejenis tak nak kerja susah, sejenis bukan workaholic, sejenis bukan hardcore bila buat kerja, sejenis suka berehat tapi gaji jalan macam biasa, sejenis suka menipu dalam aspek bekerja, sejenis makan rasuah untuk izinkan benda-benda salah ... tak ke mana pun la keadaan di Malaysia ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat la jumpa. Kesian kat anggota tu, siang malam SAR. Hari2 i sesaja lalu IWK tanda sokongan pada adik ipar i yang terlibat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.
anggota penyelamat berenang dlm lubang dan loji kumbahan ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 28-8-2024 01:09 AM
kesiannya.
anggota penyelamat berenang dlm lubang dan loji kumbahan ke

Betul, kesian dengan anggota penyelamat kita. Harap mereka tak jatuh sakit lepas operasi tu, bayangkan betapa pekatnya najis dan bakteria dlm “swimming pool” itu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak universiti patut nya bantu la design drone kapal selam..masuk dlm lubang camni..leh remote bagai... ada kamera 360 degree..senang buat pemetaan skali.bomba mmg ada drone darat aja.ada keluar kat majalah 3..tu pun buat tanpa bantuan pihak universiti..

.mana pi pakar2 teknologi Dr phd bagai ni?takat drone kapal selam sampai skrg takde lagi kt jabatan berkaitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 28-8-2024 07:19 AM
batmana replied at 28-8-2024 05:57 AM
Pihak universiti patut nya bantu la design drone kapal selam..masuk dlm lubang camni..leh remote bag ...


Benda rov tu dah lama ada lama tapi mungkin mahal nak deploy.  Usually for pipes kecil org guna cctv yg camera hujung kabel.  Tapi mungkin shaft  banyak kut susah.  Manhole pun x de kut.

Terfikir juga kut mendiang ni body dia straight mcm turun gelongsor air kepala dulu tu tak pe gak boleh le tunggu, buat nye tersangkut tunggu sampai bila2 pun xkuar.

Mungkin kena pakai juga benda alah mcm radar sonar tu tengok abnormalities bawah tanah.  Kalau rupa bentuk solid mcm badan manusia situ lah korek.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:52 AM | Show all posts
Samerosie replied at 28-8-2024 07:12 AM
Benda rov tu dah lama ada lama tapi mungkin mahal nak deploy.  Usually for pipes kecil org guna cc ...

dah lama dah kut.. esp kalo dlm air proses pereputan bukan lagi cepat

kang kepala tang mana, torso tang mana.. limbs tang mana.. mcm arwah yg kena potong2 tu

letak jaring je la.. tak pun tabur pukat tu haaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:57 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan pencarian hari ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 28-8-2024 01:09 AM
kesiannya.
anggota penyelamat berenang dlm lubang dan loji kumbahan ke

Ya laa, tp guna pakaian khas yg tak telap air. Takde bahagian badan yg terdedah . Jgk  guna alat khas pernafasan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bsrnya pahala anggota yg terlibat ni...
kalau xjumpa jgk camna..omg..
loji kumbahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta India di Malaysia belum turun keww?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-8-2024 01:25 PM
bsrnya pahala anggota yg terlibat ni...
kalau xjumpa jgk camna..omg..
loji kumbahan tu

Ko tak nak volunteer? Boleh kongsi pahala? Setakat loji kumbahan takkhen geli?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 02:21 PM | Show all posts
takde ke gunakan kepakaran dari negara lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-8-2024 07:12 AM
Benda rov tu dah lama ada lama tapi mungkin mahal nak deploy.  Usually for pipes kecil org guna cc ...

kannnn…ntah2 dah terjerlus jauh ke dalam tanah masa jatuh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk share message ni dpt dari ws. Betoi ke tak iols tak tau. Kot ada acik2 porom boleh sahkan tipu atau benerrrr.
Siap ada gambar lagi haaa.
_____________
Hikmah disebalik tanah jerlus dimesjid India KL.             Pertam-nya kita boleh imbas balik video peristiwa ini melalui You Tube -type "sinkhole tragedy masjid India KL 22august 24 Mengikut seorang ustaz peristiwa ini membenarkan apa yang Allah berfirman didalam surah almulk m.s 563 ayat 16 --" Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang dilangit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba2 ia terguncang? SubanAllah ini-lah hakikat yg berlaku pada hari jumaat lepas Seorang perempuan warganegara yang sedang berjalan tiba terbelah jalan-berlubang dan dia terus jatuh ditelan bumi -hingga-lah kesaat ini mayat-nya masih belum ditemui Kalau kita tengok balik video tu bila dia terjatuh ada seorang lelaki dibelakang-nya -dia terduduk,kaki-nya terlunjur kedalam lobang Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lobang itu             MasyAllah semalam dipejabat abim dimesjid negara pemuda ini datang berjumpa kami dengan 2 orang kawan-nya Beliau bernama Haridath seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia Beliau-lah pemuda didalam video tu-yang terselamat dari ditelan tanah jerlus itu Sebaik sahaja dia terselamat dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin Dia benar2 yakin dengan ada-nya Allah swt dan Allah swt telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi -maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin Selepas dia pergi kejabatan agama Islam wilayah mereka telah mengarahkan haridath kepejabat abim masjid negara untuk urusan pengislaman-nya dengan kami -didalam bahasa inggeris MasyAllah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah swt campakkan kepada beliau serta merta Dia telah memilih nama baru-nya Harizan Berumur 48 tahun -still single Emak bapak dah meninggal Dia betul2 terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucapkan shahadah -berlinang ayer mata.                           Mari-lah sama2 berdoa supaya Allah terus memberikan taufik hidayah supaya dia terus dapat meningkatkan ilmu agama islam-nya dan diberi iman untuk dia terus beramal mencari keredhoan Allah swt.                         Dalam gambar dibawah dia yang berdiri ketiga dari kanan gambar.            Wallahualam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berair mata tgk gambar2 SAR ni
Moga2 cepatlah jumpa jasad

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang tersangkut sangkut kat pemegang tu? Sampah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Loji kumbahan

Semoga dipermudahkan segala urusan anggota penyelamat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 05:00 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 28-8-2024 04:14 PM
Berair mata tgk gambar2 SAR ni
Moga2 cepatlah jumpa jasad

ewww ewwwwww ewwwwwwwwww
bertabahlah abam2 bomba yg terlibat khususnya 2 org dlm gmbr ni
bukan kaleng2 org mampu


btw view dlm ni sgt sesuai utk citer2 zombie apocalypse mcm siri the walking dead
alien2, creature2



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 28-8-2024 08:52 AM
dah lama dah kut.. esp kalo dlm air proses pereputan bukan lagi cepat

kang kepala tang mana, tors ...

Kembung kut tu yg tersangkut tak lawas (eh lawas is correct word to use ke) pipeline?  Family lak minta one request nak trngok muka one last time... Haiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 05:51 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 28-8-2024 04:35 PM
Apa yang tersangkut sangkut kat pemegang tu? Sampah ke?

Pakaian dalam, tisu toilet dll...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.267237 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list