CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28080|Reply: 0

[Tempatan] Liga Dunia Muslim kecam cadangan menteri Israel bina sinagog di Masjid Al-Aqsa

[Copy link]
Post time 28-8-2024 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cadangan pembinaan sinagog di perkarangan Masjid Al-Aqsa itu merupakan sebahagian daripada pencabulan berterusan Israel terhadap tapak suci Islam. - Pexels

MEKAH: Liga Dunia Muslim (MWL) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan baru-baru ini daripada seorang menteri Israel yang menyokong pembinaan sebuah rumah ibadat atau sinagog di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa setiausaha agung MWL dan pengerusi Persatuan Ulama Muslim, Sheikh Dr Mohammed Al-Issa, mengecam kenyataan ini, yang merupakan sebahagian daripada pencabulan berterusan Israel terhadap tapak suci Islam.

Al-Issa memberi amaran tentang akibat berbahaya daripada tindakan Israel yang berterusan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan piawaian hak asasi manusia.


Beliau menegaskan bahawa sebarang pencerobohan ke atas status sejarah dan undang-undang Masjid Al-Aqsa adalah provokasi kepada sentimen umat Islam di seluruh dunia.

Beliau juga menegaskan keperluan mendesak bagi masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran ini dan menamatkan jenayah sistematik yang dilakukan oleh kerajaan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list