CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29619|Reply: 2

[Jenayah] Tuduhan menghasut, Muhyiddin minta dibicarakan

[Copy link]
Post time 28-8-2024 03:31 AM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, 14 Ogos lalu.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin didakwa menyebut perkataan menghasut sebagaimana ayat yang bergaris.

Ayat berkenaan adalah "Saya nak ceritakan mungkin orang Nenggiri ingatkah.. tak ingat. Saya waktu itu, sekali lagi diberikan sokongan ada 115 Ahli Parlimen yang sokong saya.

Ikut Perlembagaan kalau saya sebagai Ahli Parlimen ada dapat sokongan 114, campur saya Muhyiddin Yassin ada satu Parlimen jadi 115. Kerusi Parlimen 222. Kalau bahagi 2 berapa? 111... kalau dapat lebih 1 dia boleh bentuk kerajaan. Tapi saya dapat 115.

Kalau ikut kiraan Perlembagaan saya sudah ada jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk jadi Perdana Menteri. Ini bukan nak mengungkit tapi it's a record of history. Tapi entah macam mana Yang Dipertuan Agong waktu itu tak ajak jemput saya pergi Istana angkat sumpah.

Siapa yang Dipertuan Agong dulu? Faham dah la eh. Kita tak nak cerita apa-apa buruk eh, tapi yang itu bagi saya agak luar biasa...tapi takpe lah. Maka lepas tu terbentuklah kerajaan Perpaduan.. sekarang ni kita panggil kerajaan Madanon."

Kesalahan itu dilakukan berhampiran Dewan Semai Bakti di Felda Perasu di Gua Musang antara 10.30 hingga 11.50 malam, 14 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan enam timbalan pendakwa raya yang diketuai Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Muhyiddin diwakili lima peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Terdahulu, Umar Saifuddin memohon jaminan ditawarkan sebanyak RM20,000 selain mengenakan syarat tambahan berhubung perintah larangan bersuara dan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2024 10:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tak nampak muhyiddin

Kita nsmpsk mahaidin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053992 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list