CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46073|Reply: 303

KampongGrill <----- Tak Semegah Mana Pong...!

  [Copy link]
Post time 11-4-2011 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-9-2011 11:15

AsSalammualaikum dan salam sejahtera kepada forumer dan pembaca-pembaca sekalian,

Aku terpanggil untuk buka thread ini selepas membaca Thread Mia_Sara. Apa2 hal aku memang respek kat dia dan tahniah aku ucapkan kepada dia kerana berani menceburkan diri di dalam dunia perniagaan walaupun sebelum ini bekerja dengan pendapatan tinggi 5 angka. Tujuan aku buka board ini adalah untuk memeriahkan lagi board usahawan, menggunakan platform Forum Cari untuk memajukan perniagaan aku sendiri dan berkongsi dengan forumer serta pembaca di luar sana yang sehingga kini masih lagi teragak-agak untuk berniaga. Oh ya! Aku terpaksa membahasakan diri dengan penggunaan "aku" agar aku dapat menjiwai sepenuhnya apa yang bakal aku tulis.

p/s: Kepada mod kak ctredzuan, sekiranya tidak membenarkan saya meneruskan cerita saya, sila pm saya ek.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 09:57 PM | Show all posts
selagi tak mengiklan boleh je...
silakanlah bercerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 10:11 PM | Show all posts
-nanti sambung- tiba-tiba plak adik call nak datang kedai- tetamu ni perlu di sambut
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:38 PM | Show all posts
selagi tak mengiklan boleh je...
silakanlah bercerita
zidlan Post at 11-4-2011 21:57



   

lu punye ayat sebijik cam moderator lah mat.. nanti lu jadik mod jgn lufer belanjer wa ayam goreng radik
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 10:46 PM | Show all posts
ce citer.. ce citer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 12:54 AM | Show all posts
lu punye ayat sebijik cam moderator lah mat.. nanti lu jadik mod jgn lufer belanjer wa ...
ajis_kg Post at 11-4-2011 22:38



    Ha ha... memang dia dah start kempen hehehe....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 01:05 AM | Show all posts
uiks sape nak bagi tacang kat zidlan pula....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 01:11 AM | Show all posts
ish......... mana critanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 01:19 AM | Show all posts
selagi tak mengiklan boleh je...
silakanlah bercerita
zidlan Post at 11-4-2011 21:57



    calon mod yg bagus ? hahhahhahahhahahahhahah! semoga jadi mod ye lan..... as sokong.... as sokong.... as sokong..... hahahahhahahha
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 01:29 AM | Show all posts
uiks sape nak bagi tacang kat zidlan pula....
zidlan Post at 12-4-2011 01:05


tunggulah lan jadi mod... leh bagi tacang pada diri sendiri! hahahhahahhahahah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 01:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-9-2011 11:17

Dulu aku kerja bank. Pergi kerja terbit matahari, balik kerja tenggelam matahari. Kerja aku masa tu ialah mempromosikan produk-produk bank. Cari pelanggan untuk buat pinjaman seperti pinjaman perumahan, simpanan tetap dan juga kad kredit. Masa Sales aku tinggi, masa tu lah aku dipuji. Masa Sales aku rendah, aku dianak tirikan. Senang citer, diorang dah tak nak pakai aku lagi. Semasa aku kerja di situ, ada dalam satu bulan tu aku boleh dapat RM12,000 sebulan. Baru kerja aku dah berangan nak beli kereta. Aku dah mula membuat liabliti. Beli kereta Perodua Kenari dan juga memiliki 4 kad kredit. Nak menyimpan tak dapat, habuk pun takde. Aku pun hairan, ke mana perginya semua duit tu. Dalam hati aku, mungkin duit tu tak berkat.

Aku memang boros. Dan disebabkan itu aku mengalami masalah hutang kad kredit yang berat. Aku berusaha siang dan malam untuk membayar hutang-hutang kad kredit aku tetapi tidak berjaya. Selama 2 tahun aku berusaha, hasilnya bukan berkurangan, sebaliknya bertambah.

Malah aku dah jadi hamba bank. Bukan setakat kerja untuk bank, malah tiap-tiap bulan kena bayar faedah untuk bank. Semasa aku kerja di bank nie, adalah 2-3 orang pakcik secara sendirinya datang terus kepada aku menyuruh aku berhenti dari kerja bank; secara ikhlas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 01:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 18-4-2011 11:43

Aku kalau boleh berenti, dah lama aku berenti. Tapi aku tak berani. Macam mana dengan Kenari aku? Saper nak bayar. Kad kredit aku, 4 keping tu... Rumah pun tak beli lagi. Kahwin pun belum. Pergh... Cammaner... ahhhhhh. "No wonder lah orang kat KL nie bila pegang stereng ajer perangai cam biadap. Pulak?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 03:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-9-2011 11:19

Aku menggunakan nama samaranku serta nama watak yang lain untuk menjaga kerahsiaan identitiku walaupun aku tahu sudah ada forumer yg mengenaliku)

Ditakdirkan pada satu hari. (Aku masih ingat lagi dialog-dialog nie. Aku bekerja dengan bank HSBC)

Ketika itu aku berada di Selayang bersama tunangku membuat jualan.

"Tut-tut...... Tut tut......" handphone aku berbunyi. Tertera nama Soo di screen hp aku.

"Hello bosss...Saudagar bercakap," aku menjawab telefon.

"Hello saudagar? You dekat mana sekarang? Pagi ni you tak masuk ofis ka?" tanya bos aku.

"Saya dekat Selayang lah boss... pagi ni tak masuk ofis boss. Saya buat sales dekat sini" balas aku pula.

"You punya submission banyak slow lah ini bulan, dekat you ada banyak lagi yang tak submit tak?" tanya Soo lagi bertanyakan borang permohonan yang customer dah isi untuk pinjaman.

"Ada jugaklah Soo... saya ingat ada lebih kurang 20 applications" balas aku lagi.

"Aiyaa... banyak itu saja ka? You sekarang datang ofis buat submission itu dulu" arah Soo pula.

"Mana boleh Boss... saya sudah buat appoinment dengan customer lah Boss. Takkan Boss nak saya datang Puchong jugak sekarang? Nanti petang saya hantar lah Boss.... semalam kan saya sudah beritahu.." terang aku pula dengan nada memprotes.

"Wei Saudagar! Saya suruh you datang sini, you datanglah... you dekat sana pun bukannya you buat kerja... uuularrr saja banyak. You ingat saya tak tahu ka? Lu datang saja la..." tambah Soo lagi kali ini dengan menggunakan istilah "Lu".

Soo memang terkenal dengan panas barannya. Mungkin kali ni dia dah marah. Tapi aku cuba berlembut.

"Ala Soo... tolo" belum sempat aku jawab.

"Wei Lan**u! P*****k! Lu sekarang mau kerja ka tak mau kerja? Ha! Cilaka! Sekarang aku suruh Lu datang Lu datanglah!" teriak Soo kali ini dengan mencarut seperti sudah lama berdendam dengan aku.

Aku bab ni memang aku pantang. Mungkin akibat sudah lama menyimpan rasa tak puas hati, aku pun balas kata-kata Soo dengan ayat yang sama. Dalam hati aku mungkin sudah tiba masanya. Aku dah tak kisah...

"Wei La***u P****ak! Aku dah janji dengan customer lah. Kau tak paham ker? Takkan aku dari Selayang nak pergi Puchong lepas tu nak patah balik Selayang pulak?" balas aku pula dengan rasa marah.

"B**ohhhhh!" tambah aku lagi.

"Wei La***U! Sekarang sapa boss. Lu boss ker aku boss. Tak mau kerja, kasi berhentilah... manyak c***i punya olang T*u N** S**g." balas Soo lagi kali ni lebih hebat.

"Woiii! " balas aku segera. "Lu ingat aku takut berhenti ker? Kau ingat aku suka sangat kerja dengan kau ker? Heiiii! Sekarang jugak aku berentilah......! Cilaka! Tup!" jawab aku sambil menutup handphone.

"Ahhhh sudah. Apa aku dah buat nie..." dalam terkedu hatiku terdetik.

"Alamak... cam mana ni?" hatiku bertanya lagi.


                                          ********************************

Dan dari situlah detik dan sebab aku mula berniaga. Tanpa perancangan, tanpa modal dan tanpa pengalaman. Malah aku mulakan dengan hutang beribu-beribu. Tiba-tiba aku rasa sedih.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 08:08 AM | Show all posts
Reply 1# saudagarkampong


    bisnes makan apa yg ko buat?..nasi lemak gak ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 08:38 AM | Show all posts
teruskan.. nanti nak samong baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 08:51 AM | Show all posts
ai sey.. tengah syok2 baca.. terhenti kat sini lak..

cepat lah ... cepat lah... (dialog aziz satar dlm ali baba + 40 penyamun)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 08:58 AM | Show all posts


syok..ce cite lah lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 17-9-2011 11:22

Aku sedih sebab sebenarnya aku tak tahu apa aku nak buat. Aku sedih sebab aku baru sahaja bertunang. Aku sedih sebab selama aku kerja nie aku tak dapat tolong mak bapak aku.

Tapi aper nak buat. Itu semua gara-gara ego aku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…ahhh aku tak tau nak sambung. Tengah hari tu semasa makan bersama tunangku kami berbincang apa yang perlu dilakukan. Nak cari kerja ker atau berniaga? Kalau bekerja, aku tak rasa masalah aku boleh selesai. (Aku sudah bekerja dengan 6 buah Bank dan HSBC adalah yang terakhir) Aku ingat kalau berniaga, InsyaAllah masalah aku boleh selesai. Sebab aku rasa hanya dengan berniaga sahaja aku dapat membayar ansuran kereta dan juga hutang kad kredit aku. &#61663; Ini adalah momentum yang menyebabkan aku berniaga.

Perkara pertama yang terlintas di kepala aku ialah Nasi Lemak.”Nasi lemak”- Aku pun hairan kenapa idea nie ajer yang keluar. Kenapa tak ada idea lain? Kenapa perlu nasi lemak. Benda ni dah macam sebati dengan orang Melayu kot. Pikir aku sendiri. Entahlah, tapi setelah memikirkan masak-masak, akhirnya aku pun setuju untuk berniaga nasi lemak . Tunang aku pun setuju untuk sama-sama berniaga dengan ku. Aku lebih bersemangat.

Timbul masalah pertama. Aku tak tahu masak. Tunang aku pun tak tahu masak. Tapi kenapa nak berniaga nasi lemak. Arghhh…. Aku tak peduli. Aku dah takder masa nak piker semua tu. Sebab dalam kepala otak aku dengan berniaga nasi lemak nie memang boleh kaya (sebelum berniaga boleh cakaplah). Korang boleh tengok contohnya dekat Taman Bunga Raya Setapak/ Wangsa Maju. La ni dah bukak kedai dua tingkat kat Danau Kota. Dia berniaga nasi lemak dan Char Kuey Teow. Aku dah lama jadi regular customer dia sejak tahun 2002.

Selepas berfikir dan berbincang, aku mengajak tunangku untuk mencari resepi membuat nasi lemak. Kami menuju ke MPH Bookstore di Mid Valley Shopping Complex. Di situ aku mencari-cari buku resepi. Seingat aku (tak pasti), buku yang aku tengok adalah buku karangan Chef Wan. Selak punya selak aku terjumpa resepi untuk membuat nasi lemak. Cadang nak beli ajer, tapi tak mampu. Ia… memang aku tak mampu nak beli. Jadi apa aku buat. Aku pun salinlah resepi-resepi dan cara-cara membuat nasi lemak menggunakan handphone nokia 8310 aku. Dalam aku taip-taip huruf-huruf diruang mesej tu, staff2 kat situ sibuk ajer perhatikan aku kat situ. Aku buat selamber ajer.

“Takkan tak boleh kot? Kalau boleh baca buku percuma, takkan salin resepi kat handphone pun tak boleh?” jawab aku dalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:48 AM | Show all posts
Dulu aku kerja bank. Pergi kerja terbit matahari, balik kerja tenggelam matahari. Kerja aku masa tu  ...
saudagarkampong Post at 12-4-2011 01:49



    bukan kalo staff bank,beli keta n hutang kredit kad ada special interest ker?ada yang takder interest...bonus pun melambung2 sampai berbelas bulan...

anyway..byk kwn sy mengadu tak tahan keje bank...tapi pengalaman saudara mmg best...


sambung lah lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 10:00 AM | Show all posts
Reply 14# ngah_jabor


    dah terjawab sudah soalan tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.089813 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list