CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34158|Reply: 0

[Johor] Projek PRR baharu dijangka dibina di Larkin tahun depan

[Copy link]
Post time 5-9-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode


NGA Kor Ming melawat pameran pada Program Sentuhan Kasih KPKT di Residensi Pr1MA di Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Kabinet meluluskan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, program itu dijangka bermula di Johor tahun depan dengan Larkin berkemungkinan menjadi lokasi pertama pembinaan residensi terbabit.

"Ini tempat pertama yang kita umumkan dan kita sudah membuat kajian dan perbandingan dengan negara lain dan benchmark kita tidak kurang daripada rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Singapura.

"Kita bawakan konsep baharu PRR dengan kualiti lebih tinggi namun harga masih berpatutan.

"Kita juga melihat model rumah yang wujud di Australia, Korea dan negara lain.

"Saya jangkakan ia akan bermula dari selatan iaitu negeri Johor dan kemungkinan besar di Larkin," katanya selepas menyempurnakan simbolik penyerahan kunci rumah Residensi Pelangi Indah di bawah PR1MA pada Program Sentuhan Kasih KPKT di Ulu Tiram, di sini, semalam.

Residensi berkenaan terdiri daripada 720 unit kediaman berkeluasan 850 hingga 1,050 kaki persegi dan ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komuniti seperti surau, taman permainan kanak-kanak, tadika, taska, dewan serba guna dan bilik mesyuarat.

Sementara itu, Kor Ming berkata, KPKT sentiasa komited dan fokus untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat tempatan di negara ini.

Beliau berkata, KPKT menerusi Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 26,662 unit rumah di Johor sehingga 31 Julai lalu.

Menurutnya, ia termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak 12,295 unit (14 projek perumahan), PR1MA sebanyak 4,479 unit (enam projek perumahan) dan SPNB menerusi Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebanyak 7,909 unit dan Kediaman SPNB sebanyak 1,979 unit (tiga projek perumahan).

Disiarkan pada: September 5, 2024

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list