CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19024|Reply: 3

Tesla buka pusat servis, bengkel pertama di Seberang Jaya

[Copy link]
Post time 11-9-2024 08:30 AM | Show all posts |Read mode





GEORGE TOWN – Tesla Malaysia mengembangkan operasinya di Pulau Pinang menerusi pembukaan pusat servis dan bengkel baharu di Seberang Jaya, dekat sini, hari ini.


Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan berkata, pusat servis itu dapat menawarkan sokongan servis yang lebih baik untuk pemilik Tesla di negeri ini.


”Pusat servis di Seberang Jaya yang memulakan operasi hari ini direka untuk memastikan semua keperluan servis dan pembaikan diuruskan dengan cekap.


”Kami yakin ia dapat memberikan kemudahan serta perkhidmatan yang lebih pantas kepada pelanggan Tesla di Pulau Pinang,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran stesen supercharger V4 di Gurney Plaza yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yoew di sini hari ini.


Menurut Isabel, stesen supercharger V4 yang pertama di Pulau Pinang itu terletak di tempat letak kereta, tingkat bawah (B1), Gurney Plaza.


“Stesen ini dilengkapi dengan empat Supercharger V4 250 kilowatt yang canggih.


“Ia bukan sahaja akan memenuhi keperluan pengecasan tempatan untuk pemilik Tesla, tetapi juga menyokong perjalanan jarak jauh di seluruh wilayah utara Semenanjung,” katanya.


Tambahnya, pelancaran stesen itu merupakan satu langkah besar dalam meningkatkan aksesibiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Pulau Pinang.


“Tesla komited untuk terus memperluaskan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat,” katanya.


Selain itu, Isabel berkata, Tesla Malaysia akan meraikan penyerahan kenderaan Tesla kepada pelanggan di Pulau Pinang pada 12 dan 13 September ini.


“Sepanjang dua hari, 25 kenderaan akan diserahkan kepada pemilik baharu Tesla, menandakan pencapaian penting dalam perjalanan menuju mobiliti mampan di wilayah utara,” katanya.


Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, Tesla telah menyediakan 11 stesen supercharger dengan 52 pengecas, serta 13 stesen pengecasan destinasi dengan 69 pengecas di seluruh Malaysia untuk memenuhi keperluan pengecasan di pelbagai kawasan.


“Saya yakin dengan adanya stesen supercharger di Pulau Pinang, ia akan memudahkan pemilik kenderaan Tesla untuk mengecas kenderaan masing-masing,” katanya.




Kredit: KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 03:11 PM | Show all posts
good
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam tesla tinggal mana yeah? Sian heols nak serbis keta kena gi jauh ke utara nun. Tp ok le sambil serbis sambil animun
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal ke?klu bakal xleh caya.. anytime cancel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040648 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list