Warga emas parah disengat tebuan ketika turun pokok dokong
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
ANGGOTA APM dan petugas ambulans membantu mengangkat warga emas yang cedra disengat tebuan. FOTO Ihsan APM
Sik: Seorang lelaki warga emas cedera di badan selepas diserang dan disengat tebuan ketika berada di dusun buah-buahan miliknya di Kampung Jelutong, di sini, hari ini.
Mangsa, Ahmad Dahaman, 72, dihantar ke Hospital Sik (HS) dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, mangsa dipercayai diserang tebuan ketika hendak turun dari pokok dokong di kebunnya itu.
"Pasukan APM Sik dengan kekuatan lima anggota ke lokasi kejadian dan membawa keluar mangsa dari lokasi sebelum diserahkan kepada ambulans HS," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Orang ramai boleh menghubungi APM Sik untuk sebarang kes kecemasan di talian 010-8177991.
Disiarkan pada: September 13, 2024 @ 8:06pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1133648/warga-emas-parah-disengat-tebuan-ketika-turun-pokok-dokong
|