CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26381|Reply: 1

[Kedah] Budak lemas dalam longkang: Polis tak tolak kemungkinan wujud faktor kecuaian

[Copy link]
Post time 21-9-2024 02:25 AM | Show all posts |Read mode
Budak lemas dalam longkang: Polis tak tolak kemungkinan wujud faktor kecuaian


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 20, 2024 @ 7:29pm [email protected]







Keratan berita dalam BH Online hari ini mengenai kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas dalam longkang di Lorong Seri, Jalan Langgar, semalam.





ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan wujud faktor kecuaian dalam kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas dalam longkang di Lorong Seri, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata pihaknya akan memanggil keluarga mangsa, termasuk ibu kanak-kanak itu yang berumur 18 tahun, bagi membantu siasatan lanjut.

"Siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil bedah siasat yang selesai hari ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Terdahulu, media melaporkan Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah, 2, ditemui lemas dalam longkang oleh penduduk kampung kira-kira jam 8 malam tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang itu ketika kawasan terbabit dilanda banjir sebelum mayat mangsa ditemui setelah air surut.

Ibu mangsa, Siti Nurfarhana Abdullah, 18, dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dalam rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari longkang berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300923/budak-lemas-dalam-longkang-polis-tak-tolak-kemungkinan-wujud-faktor






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Damai lah kau di sana anak kecil.
Sedih baca news article, atuk dia nampak benda terapung dia ingat anak patung, rupanya cucunya yang dah pucat lesi, bibir dah kebiruan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.376507 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list