CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37248|Reply: 1

Siti Nurhaliza bawa rakan selebriti tunai umrah

[Copy link]
Post time 26-9-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sixret at 26-9-2024 08:33 PM

Assalamualaikum. Maaf ya jika berita ini sudah tersiar di forum cari. Ketika ada waktu yang kurang sibuk ni dapatlah saya masuk forum cari. Semoga kenalan forum baik-baik sahaja hendaknya ya. Amin.



Kredit Sinar Harian

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan membawa beberapa penggiat seni tanah air mengerjakan umrah.

Menerusi satu video di medium TikTok, kelihatan beberapa pelakon veteran yang terpilih seperti Imuda, Razak Ahmad, Zur Eda dan Rosnah Johari.

Difahamkan rombongan yang berangkat pada 27 April lalu bersama Siti merupakan kerjasama antara yayasan berkenaan dengan syarikat Jay Ibrahim Al Islam.

Dalam perkongsiannya baru-baru ini, Siti mengakui, peluang mengerjakan umrah adalah impian setiap umat Islam.

Justeru, pihaknya dan suami sangat berbesar hati dapat membantu merealisasikan hasrat terpendam segelintir penggiat seni tersebut.

"Menjadi tetamu ALLAH di Makkah menjadi impian setiap daripada kita selaku umat muslim. Namun, tidak semua orang dapat peluang ke sana jika belum sampai ‘serunya’, termasuk mempunyai kewangan yang cukup.

“Impian berkongsi rezeki ini sebenarnya tidak dirancang. Ia datang daripada ALLAH. Suami buat keputusan spontan dan minta saya mengajak rakan artis yang memerlukan serta sudah lama berhasrat ingin mengerjakan umrah, namun mereka mungkin berhadapan kekangan kewangan.

“Jadi, kami berikan peluang rezeki ini kepada penggiat seni senior yang mungkin kurang sihat, namun ada keinginan mereka ke Tanah Suci untuk umrah, sekali gus menjadi tetamu ALLAH,” katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal media. - SinarPlus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 08:38 PM | Show all posts
patutlah macam deja vu... berita bulan 4 niii...TT baru keluar gua yach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039999 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list