CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29109|Reply: 3

‘Saya okey kisah peribadi jadi bahan lawak selagi tak melampau’ - Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 29-9-2024 10:24 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak kisah menggunakan kisah peribadinya sebagai bahan lawak kumpulan Gebu yang dianggotainya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).


Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia menerima dengan hati terbuka selagi kandungan lawak tidak berlebih-lebihan dan orang ramai boleh menerima komedi yang dibawakan kumpulan itu.


“Biasanya kami akan berlatih dan rasanya tidak keterlaluan sangat, cuma sikit-sikit. Saya okey saja sebab tak berlebih-lebihan dan orang pun ketawa.


“Orang pun tahu, itu lawak saja. Produksi juga ada berikan beberapa had dan batasan,” kata bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu.


Dalam pada itu kata Sarah, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang hadir pada minggu pengenalan MLS4 minggu lalu  turut terhibur dengan persembahannya bersama dua anggota Gebu iaitu Mamak Puteh dan Ilham Abata.


“Mama datang hari pertama, dia ketawa. Mama terhibur dan saya sudah maklumkan kepadanya.


“Malah, rakan sekumpulan saya iaitu Mamak Puteh serta Ilham Abata pun telah mohon maaf dan mama kata okey sebab dia pun terhibur juga,” katanya.


Tambah Sarah, minggu ini, kumpulan Gebu akan membuat kejutan dengan menampilkan seorang tetamu jemputan.


“Malam ini adalah minggu persembahan yang istimewa sebab ada seorang tetamu jemputan yang anda semua mesti tidak sangka siapa dia,” katanya yang ditemui pada majlis pelantikan Abby Abadi sebagai duta produk Berryfull Honey Lemon semalam.


Sementara itu, Sarah memberitahu dia gembira terlibat dalam program MLS4 kerana dapat menonjolkan sisi berbezanya kepada penonton.


“Melawak bukan mudah kerana perlu kreatif dan spontan. Awal-awal saya sudah beritahu Mamak Puteh dan Ilham Abata yang saya tidak akan memperbodohkan diri sendiri.


“Cukup dengan dialog yang lucu sudah boleh buat orang ketawa. Walaupun susah, saya rasa tenang dan banyak ketawa. Mungkin selepas ini akan banyak berlakon karya komedi pula, mana tahu,” ujar Sarah.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kau tak berapa lawak n nmpk kayu sikit lah atas stage. Mama Kartina tadi lagi best.. Pastu tadi mcm terdengar mic belum off, ko dh tanya kt team ko atas stage kenapa x dpt star ke apa? Audience tak gelak ke tadi? Kot nk Tanya pon tunggu lah dah kuar ke belakang stage. Anyway, semoga makin better next week k
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:56 AM | Show all posts
Sbb kaki saman. Suka la dapat saman left and right.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by brainbiru at 30-9-2024 08:46 PM

Antara lines punchline yg dia akan guna..
1. Nanti saya saman, saya ni RAAAATUUUU SAMANNN. hahahahahahaha (gelak gaya sukma)
2. Jgn nak menyondol haaaa...
3. Sol sol sol
4. .....lines yg melibatkan boipren indon dia.  Maybe buat2 ckp yindon

Mohon buat lawak psl vaping jugak ya. Pura2 vaping, lps tu kena kecam. Lps tu mintak PA buat damage control. Lps tu gelak2... lawak kan? Kan? Kan?

Lps tu buat jugak bahan lawak ni... kau merayu2 mintak pmpuan yg skandal dgn laki kau suruh bg bukti ada hubungan dgn laki kau. Sbb kau kata laki kau menafikan. Lps tu pmpuan tu x puas hati, demi nk buktikan cinta bertepuk 2belah tgn, maka pmpuan tu pun bg gambar mesra2 tu. Lgpun ko janji tak nak sebarkan. Kau berlembut2 guna pendekatan psikologi masa meminta tu. Tapi lps dia bg. Ko maki2 dia. Dan kau sebarkan dan buat cerita kata pmpuan tu yg bg, yg kacau masa kau dlm pantang. Lepas tu kau gelak mengilai2 sebab dh berjaya kenakan dia. Dan kau block dia. Dan buat perintah injuksi supaya diandn keluarga x bercakap psl kau.Ni cerita rekaan aku jer utk bahan lawak kau dlm rancangan lawak tu..Lawak tak? Hahahahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040887 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list