CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5923|Reply: 1

[Tempatan] Menteri Fadhlina tak setuju cikgu plg ramai ambil MC.Tak bertanggungjawab, cetus persepsi negatif terhadap profesion keguruan katanya

[Copy link]
Post time 4-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 4-10-2024 03:58 PM

Latifah Arifin
Oktober 4, 2024 @ 12:46pm
[email protected]


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - NSTP/FAIL


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan dakwaan mengaitkan guru sebagai kumpulan penjawat awam paling ramai terbabit salah laku memalsukan sijil cuti sakit (MC) sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Menegaskan dakwaan itu mencetuskan persepsi negatif terhadap profesion keguruan, beliau berkata, isu terbabit tidak sepatutnya berbangkit kerana tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian demi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Tambahnya, Kementerian Pelajaran (KPM) mengambil serius laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dakwaan berkenaan.

"Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Beliau mengulas laporan sebuah akhbar awal minggu ini yang memetik kenyataan CUEPACS bahawa guru kumpulan penjawat awam paling ramai memalsukan MC, selain ada dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepentingan peribadi.

CUEPACS dilaporkan berkata, setiap tahun, kira-kira satu hingga dua peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain sengaja menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat, selain pemantauan berterusan di setiap peringkat.

"Penjawat awam yang terbabit dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan. Kementerian melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.


"KPM turut tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat," katanya.

Terdahulu pada Selasa lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) turut menyifatkan dakwaan CUEPACS itu tanpa disertakan data sahih dan bukti kukuh, sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon, berkata ia secara langsung mempertikai profesionalisme 450,000 guru yang sangat cemerlang menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Dakwaan itu juga, katanya, secara tidak langsung mempertikai tahap profesionalisme serta etika kerja pegawai perubatan yang komited menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ramai cikgu ialah perempuan. Perempuan kan banyak sakit mengandung, lepas tu beranak lagi. Beranak pulak almost setiap tahun berderet deret. Tak macam kerjaya lain macam doktor nurse bz selalu shift malam xde masa nak buat anak ramai ramai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.102608 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list