CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35573|Reply: 10

[Tempatan] Lelaki maut dibaham harimau di Gerik

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut dibaham harimau di Gerik

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... m-harimau-di-gerik/

Oleh ASLIZA MUSA
15 Oktober 2024, 3:58 pm


Gambar hiasan.

GERIK – Seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini.

Mayat lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri warga Thailand.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian serangan harimau itu dipercayai berlaku antara pukul 5 ke 6 pagi tadi ketika mangsa sedang pergi ke tandas.

Katanya, isteri mangsa mendakwa telah terdengar bunyi ngauman harimau dan sebaik sahaja pintu rumah kongsi tersebut dibuka, dia melihat suaminya diseret haiwan liar itu ke arah semak.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bersia dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi kejadian

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan telah berjaya menemukan mangsa sekitar pukul 12 tengah hari dengan kecederaan parah pada bahagian kaki kiri dan leher.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu mendapati mangsa telah pun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 04:58 PM | Show all posts
Nanti ada si retard kata comel nya mangsa tengah panik nak menyelamatkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalilahi rojiuun..moga arwah ditempatkan dikalangan org beriman
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:23 PM | Show all posts
Salam takziah diucapkan kepada keluarga, semoga tabah dalam mengharungi kejadian ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gerik tu kt klntn..nape ramai org thailand eh situ..kes aritu pun org thailand ke myanmar kena baham ngn tiger ni..
org ckp kalau tiger tu dh mkn manusia..dorg akan jd panas satu badan..xtau la betul x..
pastu gg dorg dh x tajam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 15-10-2024 09:36 PM
gerik tu kt klntn..nape ramai org thailand eh situ..kes aritu pun org thailand ke myanmar kena baham ...

Gerik kat kelantan..jeli kat mana ya??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..smga isteri tabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 15-10-2024 10:25 PM
edayildiz replied at 15-10-2024 09:36 PM
gerik tu kt klntn..nape ramai org thailand eh situ..kes aritu pun org thailand ke myanmar kena baham ...




Sbb gerik, perak tu dekat dgn Jeli, kelantan...jeli dekat dgn rantau panjang, kelantn.....RP border thailand..kat RP & jeli byk org thai. tahu pun sbb suami baru asal kota bharu yg dah pindah KL sejak muda...jadi kerap la i ke kelantn makan², visit family kalau tak tidak lah sis tahu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 11:14 PM | Show all posts
Tandas luar rumah ke? Punya senang harimau heret masuk semak


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ok gerik perak sempadan kelantan
jeli kt klntn cc jari
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 15-10-2024 10:17 PM
Sbb gerik, perak tu dekat dgn Jeli, kelantan...jeli dekat dgn rantau panjang, kelantn.....RP bor ...

oh rp tu dkt jgk ngn jeli..i xpnh pergi p.mas ke jeli ke tnh merah ke..i tahu kb ngn bachok je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.996009 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list