CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63467|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ruang pejalan kaki Tembok Laut Padang Kota ditutup jika air pasang besar

[Copy link]
Post time 19-10-2024 01:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-10-2024 01:38 AM

Ruang pejalan kaki Tembok Laut Padang Kota ditutup jika air pasang besar

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

18 Oktober 2024 07:03pm


Bomba akan memasang pita kuning di kawasan tersebut setiap kali berlaku air pasang besar untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.




GEORGE TOWN - Ruang pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota di sini akan ditutup sementara waktu untuk orang ramai sekiranya berlaku air pasang besar sepanjang Monsun Timur Laut yang bermula pada Jumaat di negeri ini.

Ketika tinjauan dibuat di Padang Kota mendapati, beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai telah memasang pita berwarna kuning bagi menghalang orang awam memasuki ke kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadzir Magribi berkata, tindakan itu diambil berikutan beberapa warga asing didapati telah turun ke ruang berkenaan untuk bermain air laut.

"Bomba sudah buat larangan lisan namun ada warga asing yang masih berdegil. Mereka tetap turun ke ruangan tersebut untuk bermain air laut.


"Dengan keadaan air pasang dan cuaca yang tidak menentu, adalah tidak selamat untuk orang awam berada di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Jelasnya, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan di kawasan tersebut.

]
Tindakan bomba menutup kawasan pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota adalah untuk keselamatan orang awam ketika keadaan cuaca yang tidak menentu di Pulau Pinang.






"Kita akan buat pemantauan setiap hari sepanjang musim Monsun Timur Laut ini, sekiranya ada orang awam yang masih berdegil, kita akan tutup kawasan itu. Tetapi bukan setiap masa.


"Contohnya seperti hari ini, kita pasang pita kuning tersebut bermula pada jam 1.30 hingga 5 petang kerana pada waktu itu, berlaku air pasang dan air memenuhi ruang pejalan kaki di situ," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang meramalkan fenomena air pasang besar akan berlaku di Pulau Pinang antara 18 hingga 21 Oktober ini.

Bukan itu sahaja, banjir kilat juga dijangka akan berlaku sekiranya hujan lebat dalam tempoh tersebut.


Berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2024 paras air laut pasang tertinggi di perairan Pulau Pinang akan mencecah di antara 2.8 hingga 3.1 meter CD (Chart Datum) dalam tempoh berkenaan.

Pertembungan hujan lebat dalam tempoh sejam dengan air pasang akan berisiko tinggi kepada kawasan pinggir pantai dan sungai-sungai utama di Pulau Pinang.

https://www.sinarharian.com.my/article/691812/edisi/utara/ruang-pejalan-kaki-tembok-laut-padang-kota-ditutup-jika-air-pasang-besar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list