CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61851|Reply: 0

[Perlis] Penduduk berpesta ketika fenomena air pasang besar

[Copy link]
Post time 19-10-2024 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk berpesta ketika fenomena air pasang besar

Oleh Aizat Sharif - Oktober 19, 2024 @ 9:19am [email protected]




Orang ramai daripada segenap pelusuk kawasan di Kuala Perlis berpusu-pusu datang ke Dataran Semarak Kampung Tengah Seberang Ramai untuk bermain air banjir selepas berlakunya kemuncak fenomena air pasang besar setinggi 3.7 meter awal pagi tadi. - Foto AIZAT SHARIF





KANGAR: Meriah bagaikan taman tema air. Itu yang berlaku apabila hampir 2,000 orang dari segenap pelusuk Kuala Perlis dan kawasan sekitarnya mengambil kesempatan mandi-manda semasa fenomena air pasang besar mencapai tahap kemuncaknya di beberapa kampung di Seberang Ramai, Kuala Perlis, pagi ini.

Tinjauan di Seberang Ramai, Kuala Perlis mendapati, fenomena air pasang besar yang mencapai tahap tertingginya iaitu 3.7 meter (m) mula melanda lima kampung di Seberang Ramai, Kuala Perlis, jam 11.30, malam sebelum air laut memenuhi keseluruhan kawasan kampung sejam selepas itu.

Situasi itu juga menyebabkan 1,577 kediaman di Kampung Pulau Ketam, Kampung Seberang Ramai, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Tengah dan Kampung Seberang Tok Pi terjejas apabila air memenuhi segenap penjuru rumah.

Fenomena itu bagaimanapun disambut bagaikan pesta air apabila kawasan Dataran Semarak Kampung Tengah, Seberang Ramai dipenuhi dengan bukan sahaja warga kampung yang terjejas tetapi penduduk dari luar kawasan.

Mereka ingin melihat kemeriahan pesta air yang berlaku di kampung itu akibat fenomena yang jarang berlaku ini.

Orang ramai mengambil kesempatan untuk berpiknik tatkala air mulai memenuhi ruang dataran berkenaan tanpa mempedulikan keselamatan.

Seorang penduduk, Siti Zaharah Md Yatim, 40, berkata, dia membawa ayahnya berpindah ke rumah saudara mereka di Changlun, sementara dia menguruskan kediaman.

"Fenomena air pasang besar kali ini agak berbeza kerana kita dapat membuat persiapan awal selepas dimaklumkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa terlebih dahulu.

"Ini berbeza dari tahun terdahulu apabila kita tidak dimaklumkan menyebabkan banyak barangan kelengkapan kita seperti peti sejuk dan barangan elektrik yang lain rosak kerana kita tidak sempat untuk mengalihkannya ke tempat yang lebih selamat.

"Kawasan ini berhampiran dengan laut dan kemasukan air begitu cepat dan deras, tahu-tahu sahaja banjir sudah memenuhi halaman rumah kita," katanya.

Sementara itu, 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis dan Sekolah Kebangsaan (SIK) Seberang Ramai.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313008/penduduk-berpesta-ketika-fenomena-air-pasang-besar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list