CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37425|Reply: 0

[Kedah] Harga hasil laut meningkat sejak fenomena air pasang besar

[Copy link]
Post time 20-10-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Harga hasil laut meningkat sejak fenomena air pasang besar

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



Hasil tangkapan Ikan yang kurang akibat air pasang besar menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga walaupun permintaan meningkat. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Kuala Kedah: Harga ikan dan hasil laut meningkat disebabkan tangkapan berkurangan selain fenomena air pasang besar yang melanda sejak, Jumaat lalu.

Tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di sini mendapati pendaratan ikan berkurangan disebabkan nelayan kurang turun ke laut.

Harga ikan kembung dijual antara RM10 hingga RM12 sekilogram (saiz sederhana) manakala udang rotan sekilogram RM25, ketam bunga RM45 sekilogram, sotong RM25 sekilo (saiz sederhana).

Peniaga ikan, Melati Madun, 41, berkata, harga ikan kembung bersaiz sederhana dijual pada harga RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding RM5 sekilogram sebelum ini.

Katanya, hasil tangkapan berkurangan sejak seminggu lalu dan mereka hanya menjual antara tiga kilogram hari ini.

"Jumlah tangkapan nelayan berkurangan dan kami terpaksa menaikkan harga disebabkan harga peraih juga meningkat.

'Jika ikan terus berkurangan, berkemungkinan harga ikan dan hasil tangkapan laut akan terus meningkat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Melati berkata, air pasang besar yang melanda kawasan Kuala Kedah turut menyebabkan pelantar ikan itu dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter sejak awal pagi Jumaat lalu dan awal pagi hari ini.

Seorang lagi peniaga ikan, Khatijah Ahmad, 58, berkata, kebanyakan nelayan tidak berani keluar pada waktu malam disebabkan ombak serta air pasang besar menyebabkan hasil tangkapan ikan berkurangan.

Katanya, nelayan yang keluar jam 5 pagi tadi hanya mampu memperolehi tiga atau empat kilogram ikan disebabkan angin kuat.

"Ikan yang kami jual hari ini kebanyakan yang ditangkap sekitar jam 9 malam tadi dan yang tangkapan pagi tadi pula agak kurang.

"Paling banyak permintaan adalah ikan kembung tetapi sukar nak dapat ketika ini malah mungkin harganya akan meningkat," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 20, 2024 @ 2:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146503/harga-hasil-laut-meningkat-sejak-fenomena-air-pasang-besar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.343896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list