CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32532|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pantai Esen tercemar, penduduk lapor polis

[Copy link]
Post time 21-10-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Pantai Esen tercemar, penduduk lapor polis

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 21, 2024 @ 5:53pm [email protected]



Keadaan pantai yang berlumpur ketika tinjauan di Pantai Esen, Permatang Damar Laut, didakwa penduduk dan nelayan berlaku sejak lebih sedekad lalu, namun semakin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. - Foto NSTP/Danial Saad





BATU MAUNG: "Pantai Esen sudah hilang seri, bilangan pengunjung juga sudah berkurangan.

"Jika berita mengenainya tidak disiarkan media, sudah tentu tiada tindakan," kata penduduk, Jaffar Osman, 66, susulan laporan media mengenai Pantai Esen di Permatang Damar Laut, di sini yang berlumpur dan berkeladak selain berbau busuk.

Jaffar yang juga peniaga berkata, selepas berita mengenai pantai itu disiar media, beberapa penduduk dan individu yang terjejas membuat laporan polis kejadian itu.

"Semalam, air laut masih berlumpur dan semakin keruh dipercayai berpunca daripada projek tambakan berhampiran.

"Akibatnya, Pantai Esen tidak lagi menjadi tarikan pengunjung berkelah dan mandi.

"Susulan itu, saya mewakili beberapa individu yang terkesan membuat laporan di Balai Polis Batu Maung pada jam 3.30 petang tadi," katanya dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Jaffar berkata, dia menafikan laporan dibuat kerana menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu.

"Kami adalah penduduk di sini, jika alam sekitar terjejas maka kamilah yang akan terima kesannya. Jadi saya mohon perkara ini diselesaikan dengan baik. Kawasan pantai ini perlu 'dibersihkan' semula, lakukanlah demi kesejahteraan semua," katanya.

Semalam, media melaporkan mengenai pantai 'permata tersembunyi' negeri kini dicemari masalah lumpur selut dan berkeladak sejak lebih dua bulan lalu dipercayai berpunca daripada kerja projek Pulau Silikon.

Kawasan berkenaan juga berbau busuk dan penduduk mendakwa siput sudu yang banyak di kawasan itu kerap ditemukan mati.

JAS P Pinang maklum kejadian di Pantai Esen

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Norazizi Adinan berkata isu berkenaan sudah diambil maklum oleh pihak kerajaan negeri dan sedang dalam tindakan JAS.

"Saya akan maklumkan tindakan yang sudah JAS lakukan sebagai sebahagian daripada tindakan bagi mengurangkan punca masalah ini.

"Kajian lebih mendalam masih diperlukan kerana terdapat aliran discaj ke telukan dan kawasan laut dari kawasan Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kampung berdekatan dan sekitarnya," katanya ketika dihubungi.

PIC rujuk pakar kes selut di Pantai Esen

Sementara itu, Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) akan merujuk pakar bagi mengenal pasti punca selut dan air berkeladak yang berlaku di Pantai Esen.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Farizan Darus berkata PIC akan ambil tindakan susulan berdasarkan pandangan dan cadangan pakar berkenaan bagi mengatasi masalah kejadian selut itu.


Foto yang diambil pada Julai tahun lalu oleh Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) menunjukkan garis pantai berlumpur di Pantai Esen sebelum kerja penambakan dimulakan pada September 2023. - Foto PIC

"PIC yang juga Syarikat Tujuan Khas ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memantau perkembangan projek pulau buatan itu, kekal komited dalam memastikan semua kerja penambakan dijalankan mengikut garis panduan ketat demi kesejahteraan alam sekitar dan komuniti setempat.

"Jika terdapat sebarang fenomena luar biasa, orang ramai atau komuniti nelayan boleh laporkan kepada Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) terdekat di Permatang Damar Laut atau Sungai Batu, atau hubungi talian 1300-88-9700," katanya dalam kenyataan hari ini.



Keadaan pantai Permatang Damar Laut yang terletak berhampiran Pantai Esen turut berlumpur. - Foto NSTP/Danial Saad

Mengulas lanjut Farizan berkata, PIC bersama pemaju Silicon Island Development Sdn Bhd (SIDSB) turut sama dalam pelbagai sesi libat urus yang dijalankan agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang termasuk Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan (PNKPPS) sejak 8 Ogos lalu.

Hasil siasatan pada bulan yang sama mendapati pelaksanaan projek Pulau Silikon itu adalah selari dan mengikut syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) termasuk pemasangan langkah mitigasi yang dicadangkan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1314100/pantai-esen-tercemar-penduduk-lapor-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.876259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list