CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 70723|Reply: 36

[Tempatan] Seorang lelaki, Yan Mable kata melalui Facebook popular, JB柔佛吹水站, Kalau Gaji Tak Cecah RM15,000 Sebulan, Jangan Mimpi Nak Kahwin.Perlu sekurangnya 23k untuk keluarga kecil.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 2-11-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Yan Mable berkongsi pendapatnya dalam kumpulan Facebook popular, JB柔佛吹水站, mengenai berapa gaji sebulan yang diperlukan untuk menyara keluarga di tahun 2025.



Menurut Yan, kos hidup kini amatlah tinggi sehingga segala-galanya nampak mustahil jika seseorang tidak cukup kukuh dari segi kewangan.

Yan terus terang menyarankan bahawa jika gaji bulanan tidak mencecah sekurang-kurangnya RM15,000, seseorang itu perlu fikir masak-masak sebelum bercadang untuk berkahwin atau membina keluarga

Kalau tak mampu buat RM15,000 sebulan, tak payahlah bercinta, tak payah susahkan anak orang. Jangan sampai nanti keluarga sendiri yang terpaksa pikul beban,” tegas Yan dalam catatannya yang meraih perhatian ramai di media sosial.

Yan juga berkongsi pandangannya tentang hubungan dengan mertua, di mana beliau percaya bahawa bakal ibu mertua pastinya tidak akan senang jika bakal menantunya kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, katanya, golongan yang lebih tua biasanya pilih untuk diam daripada berterus terang.

Tambahnya lagi, tanpa pendapatan yang stabil, banyak perkara akan menjadi ‘terhad’.

“Kalau tak ada duit, anak-anak mungkin hanya akan bercuti ke Klang sedangkan kawan-kawan mereka melancong ke Paris,” sindirnya secara sarkastik.

Sebagai perbandingan, Yan turut memberikan anggaran kasar kos bulanan bagi sebuah keluarga kecil yang mempunyai empat orang ahli.

Katanya kira-kira RM23,700 diperlukan untuk menampung segala keperluan asas seisi keluarga—angka yang pastinya mengejutkan ramai.

Yan turut menyatakan, bagi seorang yang benar-benar bertanggungjawab, tugas seorang lelaki ialah menjadi ‘breadwinner’ dalam rumah, membayar segala bil termasuk pinjaman kereta isteri.

Katanya, pada zaman dahulu, RM600 sudah cukup untuk menyara keluarga sebulan, tetapi kini, RM6,000 mungkin hanya cukup untuk seorang individu sahaja.

Yan juga menyentuh soal gaya hidup yang diharapkannya sebagai seorang bapa, termasuk kemampuan untuk membawa keluarga makan di restoran atau menikmati fine dining setiap hujung minggu.

Beliau turut menambah bahawa seorang bapa yang bertanggungjawab mampu membeli barang mewah seperti Balenciaga untuk anak-anak, mendidik mereka untuk memahami erti kekayaan dari usia muda.

“Kalau tak mampu, bersedialah untuk anak-anak biasa dengan nasi campur setiap hari dan tak pernah jejak restoran mahal,” tambah Yan dalam nada sinis.

Dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar, kenyataan Yan mungkin mencerminkan kekecewaan segelintir rakyat Malaysia yang berasa terbeban oleh peningkatan kos sara hidup.

Pandangan ini turut membuka perbincangan tentang realiti kewangan anak muda masa kini dalam membina kehidupan keluarga di tengah-tengah kos yang semakin meningkat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak hidup mcm orang kaya rayo ke..memang lah tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la kawin kalau nak hidup kaya. Mereput la anu kau jangan celup sana celup sini pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Konten nak popular. Jijik
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement very materialistic..

Kena beli anak2 pakai balenciaga baru chop mampu? Common sense apa ini.. beg balenciaga tidak melayakkan kamu ke uni... tp usaha didik, tabung sspn, tuition etc tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk tggu lelaki gaji 15k baru kawen makin ramai la andartu dan antertu forever kt msia ni nt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la semua
Hanya yg dh kahwin 100 tahun ke atas je layak bg nasihat apa2 berkaitan perkahwinan mahupun ekonomi rumahtangga.
Semak sana sini semua nak jadi kaunselor
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat dtg ke negara tua
Atau lagi cepat negara lumpuh dalam 50 tahun

Tapi xpe boleh implimen taktik demonrat US import pendatang thirs world utk mengisi populasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan cina materialistic, ini mendorong lelaki kawen lambat beranak lambat dah tua 70 masih kerja anak masih sekolah, ini juga mendorong majikan ambil cina utk jawatan tinggi supaya mereka dpt bekeluarga, duit byk2 pun hujung2 habis ke sugarbaby ladyboy berhibur travel perkara2 x berfaedah macam duit panas habis gitu jah, berbanding org gaji kecil tapi pandai hargai duit sbb gaji kecil pun boleh besarkan anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Penulis asal posting ni cina. Jadi kita boleh faham la kenapa dia berbelanja besar. Besar bagi kita tapi kecil bagi dia sebab culture mereka begitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-11-2024 06:17 AM
Penulis asal posting ni cina. Jadi kita boleh faham la kenapa dia berbelanja besar. Besar bagi kita  ...

Tu la cina ni kn mcm atheist. Xramai dah amalkn buddhist. Hidup bertuhankn duit. Jenis terasa hina klau hidup basic. Kereta kurang2 kena pkai yg rege 100k, rumah nk kena yg 1juta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 06:36 AM | Show all posts
semalam tukang urut org rumah aku dah pencen askar, still kerja tukang urut cari income, laki dia pun pencen askar buat kebun kt kampung
aku cakap pencen pun lebih rm3k+ sorg gak tu, org rumah aku cakap sekarang rm3k+pun x cukup, barang mahal
pastu aku cakap abang dia yg kerja kampung tu jika dapat rm3k+ sebulan rasa dah lebih dari cukup tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa cina kat luar sana tak takut ke keturunan korang semakin pupus disebabkan perkara² macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sorang dua aku jumpa cina yang berpegang kepada trend budaya ni.
Sampai ke sudah tak kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-11-2024 10:00 AM
Bangsa cina kat luar sana tak takut ke keturunan korang semakin pupus disebabkan perkara² macam ni?

Mungkin belum risau sebab bangsa cina di dunia ni masih ada dalam 1.5 billion semua sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 3-11-2024 10:06 AM
Mungkin belum risau sebab bangsa cina di dunia ni masih ada dalam 1.5 billion semua sekali.

Possible disitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa rupa Yan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 11:21 AM | Show all posts
ada org gaji kecik, family besar, alhamdulillah makan pakai semua cukup. Ada org gaji besar, family tak besar mana, tapi slalu kesempitan wang. Rezeki datang dariNya....bersama2 kita mencari keberkatan rezeki...sekian mode ustazah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 11:33 AM | Show all posts

Google jumpa Kue Mable je...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu hanyalah pendapat org kafir mcm dia, kita yg Islam ni ikut lah cara Islam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079714 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list