CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13523|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hantar buangan ke kilang biogas

[Copy link]
Post time 12-11-2024 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Hantar buangan ke kilang biogas

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Kilang biogas.




Tasek Gelugor: Kerajaan negeri sudah mengarahkan penternak babi di Kampung Selamat, dekat sini, supaya menghantar najis ternakan haiwan itu ke kilang biogas yang dibina di Jawi dekat Nibong Tebal.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, tindakan itu diambil sebagai usaha mengatasi masalah pencemaran di Sungai Kereh hingga menimbulkan bau kurang menyenangkan terhadap penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, ia tindakan sementara diambil kerajaan negeri sementara menunggu kelulusan pembinaan kilang biogas di Kampung Selamat di sini daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

Katanya, pembinaan kilang biogas di Jawi sudah siap dan akan beroperasi dalam tempoh masa terdekat.

"Sepatutnya memang akan dibina kilang biogas (pusat pemprosesan najis ternakan) di Kampung Selamat, tetapi kita perlu menunggu kelulusan Petra yang mengambil masa lama.

"Jadi, kerajaan negeri bertindak lebih ke hadapan apabila akan mengeluarkan surat permohonan kepada operator kilang biogas di Jawi untuk minta mereka mencari cara bagaimana hendak kumpulkan najis babi dari Kampung Selamat dan diproses (di kilang biogas di Jawi)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semalam Harian Metro melaporkan penduduk Taman Tasek Gelugor Utama di sini dan beberapa taman perumahan sekitarnya terpaksa menutup pintu selama 24 jam bagi mengelak bau tidak menyenangkan dari parit berhampiran kediaman mereka.

Perkara ini bukan baru, sebaliknya penduduk mendakwa sudah setahun mereka terpaksa berdepan bau meloyakan.

Ia dipercayai susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan najis ternakan babi dari ladang di Kampung Selamat ke dalam Sungai Kereh.

Fahmi berkata, mod penghantaran najis berkenaan masih dibincang antara pemilik ladang dan operator kilang gas di Jawi.

"(Ia) Sama ada penternak di Kampung Selamat menghantar najis ternakan babi sendiri menggunakan lori atau operator di Jawi mengambil kemudian dikenakan caj bayaran...semua itu masih dalam perbincangan.

"Bagaimanapun pelaksanaan akan dijalankan secepat mungkin kerana kerajaan negeri komited untuk menyelesaikan permasalahan yang sudah meruncing sejak sekian lama," katanya.

Menurutnya, sekiranya penternak babi masih mengingkari arahan dan terus melepaskan sisa ternakan ke dalam sungai tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Untuk rekod, terdapat 130,000 ekor babi di 61 ladang ternakan di Kampung Selamat yang sudah h beroperasi lebih 40 tahun.



Disiarkan pada: November 12, 2024 @ 7:01am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154022/hantar-buangan-ke-kilang-biogas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.335509 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list