CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4042|Reply: 0

[Sabah] Sabah bukan negeri bahan ujian

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Masidi (tengah) bersama para pemimpin Gagasan Rakyat merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Sabah bukan negeri untuk dijadikan sebagai  bahan ujian bagi kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tindakan yang menjadikan Sabah sebagai 'makmal kajian' atau 'lab rats' adalah tidak boleh diterima sama sekali.

"Sila hormati Sabah dan rakyatnya...Sabah telah memberikan sumbangan besar kepada negara ini khususnya dari segi pendapatan minyak petroleum.

"Oleh itu, jangan jadikan Sabah sebagai tempat untuk dijadikan sebagai bahan kajian dalam politik," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat, di sini semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sejarah politik Sabah yang mana negeri ini sering menjadi bahan kajian dalam politik.

"Sebagai contohnya, Sabah sebelum ini pernah melalui sistem penggiliran Ketua Menteri yang menetapkan tempoh perkhidmatan seseorang Ketua Menteri selama dua tahun.

“Tapi saya tidak fikir tindakan sedemikian tidak mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Tempoh selama dua tahun terlalu pendek bagi seorang Ketua Menteri kerana masa yang singkat untuk melaksanakan sesuatu perkara,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan menjelaskan PRN17 Sabah tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Perdana Menteri kita sangat menghormati rakyat Sabah. Saya agak kecewa kerana sesetengah pihak masih memikirkan mereka perlu menentukan perkara asas untuk Sabah...sekurang-kurangnya penyandang kerajaan di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) adalah pihak yang sepatutnya menentukan kerjasama nanti," katanya.

Masidi yang juga Setiausaha Agung GRS berkata, pihaknya bukan anti Kuala Lumpur tetapi rakyat Sabah hanya mahu dihormati.

"Sekiranya rakyat Sabah berasa mereka dihormati, mereka sudah pasti akan menjadi warga negara yang bangga," katanya.

Ketika ditanya mengenai kerjasama politik, Masidi menjelaskan GRS masih belum memulakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Dalam GRS, kami merasakan perkara ini bukannya rumit untuk dibincangkan, saya berpendapat, pada akhirnya matlamat adalah untuk menang besar pada pilihan raya.

"Tidak kisah dari mana calon berkenaan, asalkan calon berkenaan dari GRS dan inilah yang penting," katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata PAS tidak terlibat dalam perbincangan itu kerana parti itu berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, untuk PAS Sabah, Datuk Aliakbar Gulasan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 2020 yang pada ketika itu PN memerintah Sabah.

Berkaitan status Parti Maju Sabah (SAPP), Masidi berkata, pemimpin parti itu perlu bertegas dalam pendirian untuk memilih rakan seperjuangan.

"Bagaimanapun, dalam GRS kami percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.341985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list