|
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 12:08 AM
Assalamualaikum,
Aku nak tanya korang ada tak berdepan dgn jiran yg ada membela langsuir, macam mana korang atasi?
Aku ada seorang pekerja Indonesia yg tinggal kat pondok kandang lembu aku.
Ceritanya, pada suatu malam dia kata ada bunyi kat bumbung pondok , bumbung pondok yang diperbuat dari daun rumbia, bila tabur garam, bunyi benda berlari tergesa-gesa atas bumbung rumbia pondok 'Bap, bap, bap', jiran sebelah rumah terus matikan lampu dan tutup tingkap nako tiba2 ...'PAPP'
Dis kata' bang sekali sekala, Cuba tido kat pondok, Dengar ada bunyi apa kat luar pondok,' lepas tu...dia kata ' nanti abang boleh nampak, benda apa yang menunggang lembu2 tu'
So aku panggil seorang dukun Batak Karo. Dia kata...jiran kau tu ada membela, dan dia sering2 mengintai ikut tingkap rumahnya...so dukun batak tu kata, buat pagar zink(pagar tutup) antara kandang kamu dgn rumah dia, jiran kamu tu jenis iri hati.
Pekerja Indonesia aku tu pun tak kosong dalam hal mistik, ilmunya mereka panggil Perewangan, dia meminta aku akan lada hitam , aku segera ke dapur dan berikan sebekas lada hitam kasar dan kandang aku memang ada banyak garam kasar untuk minuman lembu, suatu petang sebaik azan maghrib habis berkumandang, pekerja Indonesia aku tu baca jampi serapah pada lada hitam dan garam ...lepas tu dia tabur di sempadan kandang dgn rumah jiran aku tu, tabur kiri kanan dan dihadapan, selepas tu dia baling pada unggun api yang memang selalu kami hidupkan untuk asapkan kandang. Lepas tu, dibakar pula belerang.
Tepat pukul 7.40 petang....anak angkat nenek tu, menjerit dan mengilai-ngilai...memang seram, tapi dalam rakaman cctv aku dengar bunyi sayup sayup je. Tak pernah dia menyalakan lampu disamping rumah tiba2 dia menyalakan.
Malam tu aku lepak dgn pekerja Indonesia aku tu di pondok buluh tempat dia tidur, dia suruh sambil lepak buka ayat Ruqyah Syar'iyyah dari YouTube...aku ambil IPad Air aku dan buka ayat ruqyah tu....aku perasan lembu2 tu semua berkumpul dan baring dekat kita orang dan dekat unggun api depan pondok...tak pernah lembu aku tidur malam macam tu, selalu nampak dia berlari-lari waktu malam, dan tidur waktu pagi.
Keesokannya suatu petang, lepas makan malam di meja makan dengan pekerja aku itu, dia keluar rumah ke balkoni di samping rumah yang memang kami gunakan untuk melepak sambil melihat-lihat lembu2, tempat tu juga kami gunakan untuk simpan stok makanan dan barang2 kerja. Semasa dia di balkoni tu, Pekerja Indonesia aku nampak sosok perempuan berpakaian serba putih dan berambut kebasahan, panjang mengurai paras pinggang, wajahnya bermuka pucat keluar dari pintu rumah jiranku. Memandang ke arah kandang kami dan kemudian dgn segera masuk ke dalam rumah semula. Pekerjaku memberitahu apa yang dia lihat tadi.
Aku berkata pada pekerjaku ' Setahu aku tak ada perempuan berambut panjang di rumah tu' rumah tu memang dihuni oleh 3 perempuan, seorang nenek tua,anak angkatnya dan pembantu rumah mereka yang mempunyai penyakit sawan babi.
Aku cuba check CCTV semula, tapi tertutup dgn pelepah kelapa nyiur di kandangku. Tetapi jelas terlihat kelibat sosok berpakaian putih keluar dan cepat2 masuk semula ke dalam rumah.
Aku segera menyuruh 2 orang pekerja bahagian penuaian Kelapa Sawit ku untuk menyiapkan segera pagar tutup di antara kandang kami dengan halaman tepi rumah mereka.
Kerana dukun Batak kami suruh siapkan pagar tu segera dan bakar garam dengan cili kering....tapi yang dibilang oleh duku Batak tu belaan nenek tu adalah jenis2 Begu atau dalam Bahasa Melayunya, Hantu Raya, atau dalam Bahasa Jawanya, Genduruwo.
Adakah nenek jiran ku ini membela sampai 2 jenis hantu...Hantu Raya bersama Langsuir.
Cuma pekerja Indonesia aku cakap ' Bodoh, bela benda jenis tu, lebih baik bela toyol'....aku ketawa di dalam hati.
Bersambung........
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde pengalaman
Sila citer lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak komen apa..
but serious la buat kandang bela lembu dekat dengan kawasan rumah..
busuk kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2024 01:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 01:51 PM
prettyuglybabe replied at 14-11-2024 11:39 AM
tak nak komen apa..
but serious la buat kandang bela lembu dekat dengan kawasan rumah..
busuk kot..
Tak busuk pun, sebab bagi molases, sebab culture kitorang Bugis dari Caucasus sana memang macam tu.
Melayu je yang tak biasa perah susu lembu, buat butter dan keju.
Kitorang 4 pagi dah pergi tepi rumah perah tetek lembu.
Lembu makan rumput, diorang vegetarian bukan makan daging, busuk lagi taik manusia, anjing dan kucing yang korang bela dlm rumah tu.
Lagipun geran tanah kat sini pertanian, bukan kediaman ye...eihhh malas nak explain orang bandar nak ubah cukture kitorg kat kampung ni...lagi kalau Melayu, kau pergi tengok lembu kat area Balkan, Baltic sana diorg bela kat mana lembu, bawah katil je. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam kebun sawit kot..dan jiran tu mungkin tak berapa jauh dari situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 03:02 PM
Memang culture tempat kitorang bela lembu, jiran aku nenek tuz tu pun dulu bela lembu, sekarang tak bela dah.
Dari segi law pun tak salah kot...bukan geran kediaman/pembangunan.
Cuma Melayu je pelik....tapi Melayu Kelantan macam nak sama dgn culture kitorang kalau ternak menternak.
|
|
|
|
|
|
|
|
awal2 baca pelik juga kenapa bela lembu tapi lepas baca statement tt yang diatas
baruuu ooo patut la
kipidap tt
kami kehausan cerita seram |
|
|
|
|
|
|
| |
|