CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9437|Reply: 0

[Sarawak] Lee nafi dakwaan pemberian kontrak RM122,441,222 kepada sebuah usaha sama

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:47 AM | Show all posts |Read mode


TEKS: Lee menunjukkan teks ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN hari ini. - Gambar Roystein Emmor.

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menafikan dakwaan yang dibuat oleh ADUN Pending Violet Yong berhubung pemberian kontrak RM122,441,222 oleh Sarawak Metro kepada sebuah usaha sama.

Beliau menyifatkan tuduhan Yong sebagai mengelirukan dan berniat jahat, sambil menegaskan bahawa dakwaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang tidak lengkap dan tidak disahkan.

Lee dalam ucapan penggulungan kementeriannya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini membidas kritikan Yong secara terperinci, dengan memberi tumpuan kepada spesifik kontrak yang diberikan, perkongsian usaha sama dan proses penilaian.

Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak itu melibatkan lebih daripada 55 bas feeder sel bahan api hidrogen.

"Kontrak itu, meliputi pelbagai komponen, termasuk casis bas, sistem, dan badan, yang secara kolektif menyumbang 66.77 peratus daripada jumlah kos, atau RM81,753,375.

“Baki kos termasuk perkhidmatan awal, latihan, penyelenggaraan semasa dan selepas tempoh jaminan, alatan, alat ganti, dan penyesuaian untuk spesifikasi unik Sarawak Metro,” jelasnya.

Mengenai penganugerahan kontrak itu daripada Sarawak Metro kepada usaha sama yang tidak berkelayakan, Lee menegaskan bahawa penyertaan rakan kongsi berpangkalan di Sarawak bukanlah satu keperluan untuk tender ini.

Beliau berkata usaha sama itu, terdiri daripada SKS Coachbuilders Sdn Bhd dan Sun Credit Sdn Bhd, memenuhi semua kriteria teknikal dan kewangan diperlukan.

“SKS Coachbuilders, rakan kongsi utama, memegang 70 peratus ekuiti dalam usaha sama dan mempunyai pengalaman 27 tahun dalam industri bas, dengan modal berbayar RM20 juta.

"Sun Credit, yang memegang 30 peratus ekuiti, memainkan peranan kecil, terutamanya menyediakan kemudahan infrastruktur sementara," katanya.

Lee menekankan bahawa kedua-dua syarikat bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk prestasi kontrak.

Mengenai dakwaan penyelewengan dalam proses penilaian tender, Lee mendedahkan bahawa tiada satu pun daripada enam pembida memenuhi keperluan keuntungan untuk tahun 2020 hingga 2022, terutamanya disebabkan kesan kewangan pandemik COVID-19.

"Ini memerlukan penepian kriteria keuntungan oleh Jawatankuasa Kelulusan Tender untuk mengelakkan kelewatan projek selanjutnya.

"Usaha sama antara SKS Coachbuilders dan Sun Credit muncul sebagai pilihan terbaik selepas penilaian menyeluruh, menawarkan tawaran terendah dalam kalangan pembida yang layak-jauh lebih rendah daripada bidaan kedua dan tertinggi, masing-masing 34 peratus dan 119 peratus lebih tinggi," katanya berkata.

Lee dalam pada itu turut menolak dakwaan kekurangan integriti dalam proses tender Sarawak Metro kerana beliau menekankan bahawa perolehan itu mematuhi amalan tadbir urus yang ketat dan tertakluk kepada audit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list