CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48959|Reply: 0

[Perlis] Bimbang PPS turut dilanda banjir

[Copy link]
Post time 28-11-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Bimbang PPS turut dilanda banjir

Aizat Sharif[email protected]





KEADAAAN banjir di sekitar Arau. FOTO Aizat Sharif.




Arau: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis menjangkakan lebih banyak mangsa banjir akan dipindahkan susulan hujan berterusan sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun, APM menzahirkan kebimbangan sekiranya lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) turut dilanda banjir dalam keadaan cuaca yang begitu buruk ketika ini.

Pengarah APM Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Mohd Izaimi Md Daud berkata, ketika ini, pemindahan mangsa banjir dilakukan berdasarkan kawasan untuk pembukaan PPS yang sudah dikenal pasti.

"Namun, kita risau kawasan pemindahan PPS itu sendiri yang dinaiki air... jadi kita cuba kenal pasti kawasan yang lebih tinggi untuk dijadikan PPS.

"Ada juga cadangan kepada kita untuk mencuba membuka satu sahaja PPS yang disepadukan kepada semua mangsa untuk memudahkan kita menjaga dan beri bantuan, namun kita masih meneliti akan perkara itu," katanya selepas meninjau ke PPS Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Arau hari ini.

Katanya, pihaknya sudah membuat persiapan awal menghadapi banjir ini yang mana 'trend' cuaca di Perlis pada waktu ini dilihat semakin memburuk.

"Jika dilihat pada ramalan oleh MetMalaysia, keadaan cuaca di Perlis diletakkan pada peringkat waspada sahaja.

"Namun apabila melihat pada keadaan cuaca dua hingga tiga hari ini ia kemudian diletakkan di peringkat terburuk jadi cuaca ini seperti yang kita lihat hari ini agak membimbangkan.

"Namun, dari segi persiapan, kita sudah aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kita tempatkan semua pegawai perhubungan penyelamat dan segala perancangan diatur gerak dari PKOB," katanya.

Sementara seorang mangsa, Wira Mohamad, 38, dari Kampung Kuala Tunggang 2, Padang Siding, Arau berkata, banjir yang melanda kawasan rumahnya semalam berlaku sangat cepat.

Katanya, ia menyebabkan dia bersama isterinya Noor Hasfalela Mohd Noor, 35 dan ibunya Manis@Rauziah Seman, 80 yang sakit terlantar terpaksa dibantu oleh anggota APM untuk berpindah.

"Sebelum ini memang berlaku banjir tetapi tidaklah seteruk kali ini, demi keselamatan kita pun patuh pada arahan untuk berpindah.

"Malah, saya juga memikirkan ibu saya yang terlantar ini jadi lebih elok berpindah agar dapat diberikan bantuan," katanya.

Seorang lagi mangsa Arifin Abdullah, 66 dari Kampung Gial berkata, keadaan Sungai Gial berhampiran kampungnya semakin melimpah menjadi petanda kawasan itu akan banjir.

"Ini kali kali saya dan keluarga berpindah selepas banjir pada September lalu dan kita juga sudah pun bersiap sedia alihkan barangan lain dan dokumen peribadi ke tempat selamat," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 4:31pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160209/bimbang-pps-turut-dilanda-banjir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055242 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list