View: 13606|Reply: 2
|
Imigresen sahkan 3 pegawainya ditahan SPRM berkaitan integriti
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawainya berkaitan dakwaan pelanggaran integriti.
Menurut Imigresen, pihaknya bagaimanapun menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil berhubung penahanan tiga pegawainya itu.
"Imigresen hadir ke Ibu Pejabat Imigresen Negeri Johor untuk menjalankan siasatan lanjut dan menahan tiga pegawai berkaitan dakwaan pelanggaran integriti.
"Operasi ini dilaksanakan secara bersama antara pihak SPRM dengan Imigresen.
"Dalam hal ini, Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku pelanggaran integriti. Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Pada masa sama, menurut Imigresen, pihaknya memandang serius dan sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti.
Katanya, ia adalah selaras dengan fokus utama Imigresen iaitu meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti bagi meningkatkan imej serta reputasi jabatan supaya kembali dihormati dan disegani.
Terdahulu, media melaporkan empat individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan penyalahgunaan permohonan visa asing berjumlah RM1.2 juta.
Tiga suspek membabitkan pegawai kanan Imigresen Johor, termasuk seorang wanita, manakala individu keempat dipercayai seorang pengarah syarikat yang terbabit dalam pembekalan peralatan pejabat termasuk peralatan elektrik dan elektronik, alat keselamatan, perkhidmatan pembersihan pejabat serta bangunan.
Difahamkan, pegawai imigresen wanita berusia 40 tahun itu ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan, manakala tiga lagi suspek termasuk ahli perniagaan dijangka direman, hari ini.
Pegawai imigresen itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, manakala pengarah syarikat ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber:- Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga setiap ringgit haram yang kau makan/guna untuk kesenangan kau akan jadi duri dalam jalan hidup. Sial menyusahkan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita biasa...ujung2 transfer |
|
|
|
|
|
|
| |
|