View: 17281|Reply: 9
|
Akta 852: 'Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang' - Dr Dzulkefly
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tidak ada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Kenyataan itu susulan dakwaan seorang menteri yang dikesan merokok di sebuah kedai makan. dengan foto mengenainya turut tular di media sosial.
"Setelah Akta 852 berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa 'tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang," katanya melalui akaun X.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir Ahli Parlimen yang didakwa merokok di tempat larangan dalam kompleks Parlimen.
Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow ketika itu berkata perbuatan sedemikian amat memalukan kerana mereka sepatutnya menunjukkan contoh teladan kepada rakyat.
Subbarow menegaskan lebih-lebih lagi, Ahli Parlimen adalah orang yang menyokong Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.
Ia susulan dakwaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) masih ada Ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan, dengan merokok dalam kompleks Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
Poay Tiong membangkitkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, supaya kempen tidak merokok juga dilaksanakan seiring amalan mengurangkan gula dalam makanan yang digerakkan.
Bermula 1 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menguatkuasakan Akta 852 yang merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan serta larangan merokok di tempat awam.
Mengikut kenyataan di media sosial KKM, peraturan dan perintah bakal dikuatkuasakan ini termasuk rokok elektronik.
Sumber – BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg suka undang2 ni, tp tu la penguatkuasaan tak berape. kadg2 kat bawak rokok smpi kt buffet makanan
dh ade undang2 ni, mcm kurg rasanya kejadian deme tiup asap rokok probok org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Nato - no action talk only
Bukti ada apa lagi?denda jela terus..kenapa byk ckp |
|
|
|
|
|
|
|
iye, orang buat bodo je
dah berapa restoran Iols pegi, elok je orang melepak sambil hisap rokok
Iols jenis semput, antara trigger asma, asap rokok
tiap kali iols terhidu asap rokok orang, tiap kali tu Iols doakan perokok-perokok tu mati
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 18-12-2024 02:14 PM
iye, orang buat bodo je
dah berapa restoran Iols pegi, elok je orang melepak sambil hisap rokok
tu la, tak best kan
cam bagos pun ade
ramai je mamat/acik2 yg reti hisap rokok kt luar.
yg tak berjenis ni je, taktau nk di dakyah ape
|
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 18-12-2024 01:44 PM
Bukti ada apa lagi?denda jela terus..kenapa byk ckp
Tok Mat pon dah mintak didende.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp mcm mn dgn 47 Kes? Mcm x logik je 1 pun x sangkut |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa RISAU ... Bukankah semua undang-undang memang sengaja dibuat untuk dilanggar .. apalagi jika dianggap mengggangu keselesaan hidup dan keistimewaan status orang melayu selaku pemiik Tanah Melayu ini..
Ingat ... The Owner is BOSS and the Boss never WRONG ..Jangankan undang-undang ... aturan syariah dan hukum agama islam pun boeh mereka abaikan dan langgar .
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 19-12-2024 08:53 AM
Tok Mat pon dah mintak didende..
Iye..tp amount xde.notis je..lawak betul..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tampakya anda lupa .. bahwa apapun yang terjadi di dunia ini ... Itu semua hanyalah pangung sandiwara aau panggung lawakan saja ....Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|