CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8822|Reply: 1

Kecemerlangan kepimpinan Musa sebagai bekas Ketua Menteri bakal bantu bangunkan Sabah

[Copy link]
Post time 2-1-2025 11:10 AM | Show all posts |Read mode





KOTA KINABALU: Kecemerlangan kepimpinan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman sebagai Ketua Menteri sebelum ini, boleh dijadikan panduan dalam mentadbir dan membangunkan negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata jasa dan bakti serta legasi Musa pada masa lalu sebagai bekas Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negeri Sabah, dengan pelbagai kemajuan, bakal membantu membangunkan lagi negeri ini.


"elantikan Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu adalah bertepatan dan sesuai dengan pengalaman yang luas dan khidmat bakti kepada negeri Sabah sebelum ini.


"Saya percaya dan berkeyakinan bahawa pelantikan itu, mampu mengangkat martabat negeri Sabah ke satu tahap yang lebih cemerlang, sesuai dengan pengalaman luas Tuan Yang Terutama Tun selama 15 tahun memimpin negeri ini di bawah kerajaan negeri yang terdahulu," katanya.


Beliau berkata demikian sempena Majlis Jamuan Negeri bersama Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.


Dengan rekod cemerlang itu, Hajiji berkata beliau yakin negeri Sabah akan lebih berupaya maju ke hadapan di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.


"Sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, dengan kekayaan dan keindahan alam semula jadinya... dengan kekayaan nilai budaya dan adat tradisi suku kaumnya, Sabah berpotensi besar untuk dibangunkan ke tahap lebih tinggi dalam pelbagai sektor pembangunan.


"Berpaksikan kepada Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang bermatlamat untuk membangunkan negeri Sabah secara holistik dan inklusif, Insya Allah objektif ini akan mudah dicapai berkat bimbingan serta panduan yang bakal diberikan oleh Tuan Yang Terutama sebagai seorang pemimpin berpengalaman luas, termasuk dalam dunia korporat," katanya.


Sehubungan itu, Hajiji mengajak seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini untuk mengeratkan kerjasama, mengukuhkan perpaduan, memperbaharui azam dan iltizam agar cita-cita serta impian menjadikan Sabah lebih maju.


"Melihat kepada cabaran yang mendatang, dengan suasana ekonomi dunia yang masih tidak menentu bagi tahun 2025 ini, selaku kerajaan negeri yang memerintah, selaku anggota penjawat awam yang menggerakkan jentera kerajaan, dan selaku peneraju


sektor swasta, ketiga-tiga entiti besar ini wajar mempertingkatkan kerjasama dan memperkukuhkan strategi ke arah mencapai kemajuan negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat," katanya.


Berita Berkaitan


Sumber – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 08:05 AM | Show all posts
ye la hahaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.857412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list