CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7922|Reply: 4

Pegawai kanan Presiden Korea Selatan yang dipecat letak jawatan beramai-ramai

[Copy link]
Post time 2-1-2025 11:46 AM | Show all posts |Read mode





SEOUL: Pegawai kanan kepada Presiden Korea Selatan yang dipecat, Yoon Suk Yeol, hari ini menawarkan diri untuk meletak jawatan secara beramai-ramai.


Tindakan itu selepas pejabatnya menzahirkan kekesalan berhubung keputusan Presiden sementara, Choi Sang-mok, yang meluluskan pelantikan dua hakim baharu untuk mahkamah yang akan menentukan nasib Suk Yeol.


Ketua staf, ketua dasar, penasihat keselamatan negara serta penasihat khas hal ehwal luar dan keselamatan, termasuk semua setiausaha kanan yang lain sudah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing.


Perkembangan itu dimaklumkan Pejabat Presiden dalam satu kenyataan tanpa memberikan penjelasan lanjut.


Mengikut seorang pegawai presiden yang enggan dikenali, pegawai kanan kepada Suk Yeol sebelum ini berulang kali menyatakan niat mereka untuk meletak jawatan, namun 'permohonan' mereka tidak diterima.


'Tawaran' peletakan jawatan terbaru pegawai kanan kepada Suk Yeol itu menyusul selepas Sang-mok membuat kejutan apabila meluluskan dua pelantikan untuk mengisi kekosongan jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang mengendalikan perbicaraan pemecatan Suk Yeol.


Keputusan itu meningkatkan jumlah hakim daripada lapan kepada sembilan ahli mahkamah.


Sebarang keputusan dalam kes Suk Yeol memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya enam hakim.


Parti Kuasa Rakyat yang memerintah bertindak mengkritik keputusan Sang-mok sebagai 'dogmatik' dan tidak cukup rundingan.


Suk Yeol menghadapi siasatan berikutan dakwaan beliau mengetuai pemberontakan dan sebuah mahkamah daerah Seoul semalam meluluskan perintah penahanan terhadapnya, pertama kali berlaku ke atas seorang presiden yang masih berkhidmat.


Sumber – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts

Layak dapat pencen ke tak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 12:33 PM | Show all posts
dah mcm drama korea yang kita tgk pulak
kemain susah nak jadi presiden
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 04:50 PM | Show all posts
kat mesia mana berani buat camni...kipas selagi boleh sbb nak pencen....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 06:37 PM | Show all posts
gangerina replied at 2-1-2025 04:50 PM
kat mesia mana berani buat camni...kipas selagi boleh sbb nak pencen....

yang kelakarnya, diorang ingat rakyat sokong diorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042184 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list