CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25979|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kos pengambilan tanah projek LRT Pulau Pinang pada kadar nominal - Anthony Loke

[Copy link]
Post time 11-1-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Kos pengambilan tanah projek LRT Pulau Pinang pada kadar nominal - Anthony Loke

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 11, 2025 @ 3:14pm [email protected]






Anthony Loke. - Foto fail NSTP





Georgetown: Kementerian Pengangkutan akan memastikan kos pengambilan tanah untuk Projek Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara kekal pada kadar nominal bagi meminimumkan beban kepada Kerajaan Persekutuan yang membiayai projek tersebut.

Menterinya, Anthony Loke memberi jaminan rundingan secara tegas bersama kerajaan negeri Pulau Pinang akan dilaksanakan bagi memastikan hasrat itu tercapai.

"Saya ada mendapat arahan daripada Perdana Menteri dan Kabinet, walaupun Ketua Menteri daripada parti yang sama dengan saya tetapi mesti berunding dengan tegas bersama kerajaan negeri supaya dari segi kos tanah juga nominal kepada Kerajaan Pusat.

"Saya boleh memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri, saya akan berunding atas kapasiti Menteri Pengangkutan bukan atas kapasitiparti kami, saya akan mempertahankan kepentingan Kerajaan Pusat," katanya.


Loke berkata demikan ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek LRT Laluan Mutiara yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.

Menurut Loke, projek LRT Laluan Mutiara meliputi jajaran sepanjang 29.5 kilometer (km), merangkumi 21 buah stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang atau PenangSouth Reclamation Island-A (PSR-A).

"Penjajaran yang bermula dari PSR-A merangkumi dua stesen terminus (stesen hentian akhir) iaitu di Penang Sentral dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

"Kedua-dua laluan ini akan beroperasi secara selari menerusi penjadualan bergilir bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dengan masa perjalanan yang dioptimumkan," katanya.

Katanya, salah satu penambahbaikan utama bagi projek LRT Laluan Mutiara ini adalah sambungan stesen terminus dari KOMTAR ke Penang Sentral, meningkatkan kesalinghubungan penduduk di kedua-dua belah Selat Pulau Pinang.

"Projek LRT Laluan Mutiara dirangka dengan visi yang jelas untuk menyokong perkembangan masa depan dengan potensi sambungan

laluan ke kawasan-kawasan penting seperti Tanjung Bungah dan Air Hitam, menerusi stesen pertukaran di Komtar.

'Ini akan menjadikan KOMTAR sebagai hab pertukaran utama bagi pengangkutan awam di Pulau Pinang," katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan juga cakna terhadap maklum balas daripada rakyat berkenaan penjajaran Projek LRT Laluan Mutiara untuk lebih memenuhi keperluan komuniti setempat.

"Jajaran Projek LRT Laluan Mutiara kini akan melalui Macallum dan Bandar Sri Pinang menggantikan Jalan Gurdwara, mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan projek yang dibangunkan ini selaras dengan keperluan rakyat," katanya.

Tambahnya, MRT Corp akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk membangunkan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Tapak Pesta, menandakan satu era baru pembaharuan bandar di kawasan Sungai Nibong.

Katanya, pembangunan depoh yang dirancang di Tapak Pesta akan disepadukan dengan pembangunan perumahan dan kawasan perniagaan termasuk rumah mampu milik dan berbagai kemudahan untuk menyokong akitiviti harian penduduk setempat.

"Projek LRT Laluan Mutiara bukan sahaja akan meningkatkan kesalinghubungan penduduk Pulau Pinang, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai, memperkasakan komuniti setempat serta mendorong pembangunan yang inklusif.

"Daripada peringkat pembinaan hinggalah ke peringkat operasi, Projek LRT Laluan Mutiara bakal menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, menyumbang kepada pemberdayaan ekonomi dan inklusiviti tenaga kerja Pulau Pinang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347890/kos-pengambilan-tanah-projek-lrt-pulau-pinang-pada-kadar-nominal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.529577 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list