CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26597|Reply: 0

[Pulau Pinang] Yayasan Muhibbah Malaysia ringankan beban pelajar, keluarga B40

[Copy link]
Post time 11-1-2025 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-1-2025 07:30 PM

Yayasan Muhibbah Malaysia ringankan beban pelajar, keluarga B40

MOHD ISKANDAR OTHMAN
11 Januari 2025 06:23pm




Anwar (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah kepada pelajar pada Program Muhibbah Madani 2025 di Bukit Mertajam pada Sabtu.




BUKIT MERTAJAM - Seramai 2,000 pelajar dan 6,500 keluarga daripada golongan B40 di Parlimen Permatang Pauh menerima bantuan barangan keperluan sekolah serta barangan dapur yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Sumbangan disalurkan Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (Ko-Khawan) menerusi Yayasan Muhibah Malaysia itu bagi membantu meringankan kos hidup masyarakat terutama mereka yang memerlukan.


Pengerusi Ko-Khawan Datuk Eng Yee Koon berkata, Yayasan Muhibah Malaysia merupakan hasil inisiatif Ko-khawan yang mempunyai 300 ahli dengan misi utama untuk membantu golongan kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim, ibu bapa tunggal dan pelajar dari golongan B40.

"Fokus utama kami pada tahun lalu adalah menyediakan bantuan berkaitan pendidikan seperti uniform sekolah, komputer, yuran tuisyen dan program pembelajaran dalam talian kepada 1,000 pelajar di seluruh negara.


"Bantuan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan akademik walaupun berhadapan cabaran hidup akibat kemiskinan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Muhibbah Madani 2025 yang diadakan di pekarangan Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Dalam pada itu, Yee Koon berkata, kehadiran Perdana Menteri bersama Ketua Menteri menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

"Sebagai penganjur, kami amat terharu dan berterima kash dengan sokongan yang diberikan oleh pemimpin peringkat nasional dan negeri untuk menjayakan program kali ini.


"la membuktikan bahawa kedua-dua pemimpin kita mempunyai matlamat yang sama dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat yang kurang bernasib baik," katanya.

Mengulas mengenai sumbangan yang disalurkan, Yee Koon berkata, kesemua pelajar sekolah rendah dan menengah dari kumpulan B40 serta anak yatim menerima beg, uniform sekolah serta alat tulis bagi memastikan mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat.

Selain itu, katanya, setiap keluarga B40 pula menerima barangan dapur dan keperluan asas harian dengan nilai setiap sumbangan dianggarkan RM100.

"Kami tidak hanya memberikan bantuan material, tetapi juga kasih sayang dan harapan.


"Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa golongan yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dilupakan dan perlu dibantu," tambahnya.


https://b.cari.com.my/home.php?mod=spacecp&ac=pm&op=showmsg&handlekey=showmsg_1979254&touid=1979254&pmid=0&daterange=2&pid=155107045&tid=5059559


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.052537 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list