CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20305|Reply: 0

Bulan berada dalam bahaya

[Copy link]
Post time 17-1-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON  – Dana Monumen Dunia (WMF) telah menambah Bulan ke dalam senarai tapak bersejarahnya yang terancam buat kali pertama, lapor portal berita RT semalam.


Ia memetik risiko yang ditimbulkan oleh eksplorasi angkasa lepas komersial ke kawasan tapak pendaratan Bulan.


“Apabila era baharu penerokaan angkasa lepas muncul, peninggalan bersejarah pendaratan awal di Bulan menjadi terancam dan  menjejaskan simbol kekal pencapaian manusia secara kolektif.


“Pada 20 Julai 1969, apabila misi Apollo 11 mendarat, 650 juta orang di Bumi menyaksikan manusia berjalan di permukaan Bulan buat kali pertama,” kata WMF di laman webnya.


Angkasawan Apollo 11 meninggalkan 106 artifak di tapak pendaratan Tranquility Base termasuk modul pendaratan, instrumen saintifik dan bekas tapak but ikonik angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong.


Menurut WMF, Tranquility Base ialah salah satu daripada lebih 90 tapak pendaratan dan mempunyai kesan bersejarah sebagai lokasi kehadiran manusia di permukaan Bulan.


“Kebangkitan semula aktiviti manusia di Bulan, termasuk industri angkasa komersial yang berkembang pesat meletakkan Bulan dalam risiko,” kata WMF.


“Penerokaan Bulan akhirnya boleh menjejaskan warisan budaya yang benar-benar unik, menghilangkan artifak dan memadamkan selama-lamanya bekas tapak but (Armstrong) dan jejak ikonik di permukaan Bulan,” kata WMF. – AGENSI




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.038329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list