CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21936|Reply: 0

[Kedah] Kes kebakaran bersiri: 'Dia pernah mengaku dipukul di tempat kerja'

[Copy link]
Post time 23-1-2025 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Kes kebakaran bersiri: 'Dia pernah mengaku dipukul di tempat kerja'

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 23, 2025 @ 4:50pm [email protected]






Mazlan Saad@Abu Bakar, 50, menunjukkan motosikal ahli keluarganya yang dipercayai dibakar suspek di rumahnya di Kampung Pisang, Kupang, Baling. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BALING: "Dia seorang yang lurus dan sangat rajin ketika di tempat kerja namun saya tak nafikan dia pernah mengadu dipukul di tempat kerja satu ketika dulu," kata Mazlan Saad@Abu Bakar, 50.

Bekas pekerja kilang getah ini berkata sebagai orang yang lebih berusia, dia mendengar dan pergi menyelesaikan masalah suspek secara baik. Namun dia tidak tahu suspek sering menjadi mangsa dibuli di tempat kerja.

"Sepanjang tempoh saya bekerja di sana, suspek pernah mengadu sekali sahaja dipukul oleh pekerja lain, saya kemudian pergi berjumpa dengan orang (pekerja) yang buat itu, (supaya) jangan buat dia (suspek) lagi kerana dia orang kampung saya.


Kebakaran pada 25 Disember lalu yang menyebabkan sebuah rumah musnah, selain kereta dan motosikal milik penduduk di Kampung Bukit Terabak, Kupang. - Foto ihsan bomba

"Masalah itu dapat diselesaikan dengan baik, saya memang mengaku dia seorang yang rajin namun jika nak kata saya antara yang buli dia, itu tak betul kerana saya hanya pekerja kontrak dan dia adalah staf tetap," katanya ditemui di Kampung Pisang hari ini.

Mazlan berkata dia berasa hairan kerana tiga motosikal milik ahli keluarganya dipercayai dibakar suspek pada 24 Disember tahun lalu dan sebahagian kecil rumah kedai milik orang tuanya turut terbakar sedangkan dia tidak pernah membuli suspek.

"Selepas berhenti kerja di kilang itu, saya pun tak pasti dia bekerja atau tidak ...dia memang kurang bergaul dengan orang kampung, saya difahamkan dia turut menjadi antara kumpulan yang melakukan rondaan di kampung lain selepas kes cubaan bakar rumah dan kenderaan berlaku," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1352860/kes-kebakaran-bersiri-dia-pernah-mengaku-dipukul-di-tempat-kerja





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.466410 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list