CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16059|Reply: 0

[Dunia] Wanita bagi alasan nak berak, terselamat daripada dirogol sebab suspek tertidur

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suri rumah terselamat daripada menjadi mangsa rogol selepas berpura-pura membuang air besar sehingga penyerangnya tertidur kerana letih menunggu.

Mangsa berusia 40 tahun melarikan diri dan meminta bantuan jiran menghubungi polis dalam kejadian pada pagi Sabtu.

Polis yang tiba ke rumah mangsa pada jam 6.30 pagi mendapati suspek masih tidur dan ketika ditahan dia mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku.



Mangsa memberitahu polis, suspek sebelum ini pernah bersama adiknya namun hubungan mereka telah putus.

Pada hari kejadian, katanya, suspek tiba di rumah kira-kira jam 4 pagi ketika dia sedang tidur bersendirian, memandangkan kakaknya tiada di rumah dan suami bekerja syif malam.

"Suspek mengetuk pintu bilik tidur mangsa. Dia terkejut melihat suspek yang tiba-tiba menolaknya ke dalam bilik tidur dan menanggalkan baju dan seluarnya.

"Wanita itu kemudian berpura-pura bersetuju untuk melakukan hubungan seks tetapi berdalih, mengatakan dia perlu membuang air besar dahulu," kata polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Chon Buri, Thailand.

Mangsa cuba mengetuk dinding bilik air dan membuat bunyi yang kuat untuk menarik perhatian jirannya tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Suspek yang curiga dengan tindakan mangsa cuba memecah masuk ke dalam bilik air tetapi mangsa mengepam tandas untuk meyakinkannya bahawa dia sedang membuang air besar.

"Dia meminta suspek untuk berbaring di atas katil dan menunggunya, dan sebaik sahaja dia tertidur, dia melarikan diri untuk mendapatkan bantuan daripada jiran," kata polis.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.280185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list