CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5684|Reply: 0

[Sarawak] Projek tebatan tangani masalah banjir berlarutan di Sentosa

[Copy link]
Post time 5-2-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-2-2025 08:18 AM



Chieng ketika melawat rumah penduduk di Sentosa yang terjejas akibat banjir hari ini.

SIBU: Projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di Sentosa pada masa ini adalah langkah penting dalam menangani masalah banjir yang berlarutan di kawasan itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, banjir kali ini berkemungkinan berpunca daripada kerja pembinaan semasa.

Beliau menambah, situasi banjir turut dipengaruhi keadaan geografi semula jadi Sentosa yang berbentuk lembangan dan mempunyai banyak kawasan rendah yang mudah ditenggelami air.  

“Namun selepas Fasa 1 siap, yang dijangka pada April tahun ini, kami akan teruskan dengan Fasa 2.

”Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini sedang mereka bentuk fasa seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan Sentosa Fasa 1 dan Fasa 2 hari ini.

Chieng menegaskan, pelaksanaan kedua-dua fasa projek tebatan banjir itu amat penting bagi mengurangkan masalah banjir di Sentosa secara berkesan.  

Dalam lawatan itu, beliau turut diiringi ahli majlis, ketua kaum serta beberapa pegawai.  

Mengenai isu pemindahan penduduk yang terjejas Chieng berkata, setakat ini tiada keperluan untuk mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).  

“Kebanyakan penduduk memilih untuk tinggal di tingkat atas rumah mereka atau berlindung di rumah saudara-mara berbanding berpindah ke PPS,” katanya.  

Bagaimanapun, beliau mengakui keadaan ini menyebabkan ramai mangsa banjir tidak layak menerima bantuan kewangan.

“Saya telah mengemukakan rayuan kepada YAB Premier berhubung perkara ini, dengan harapan bantuan dapat diberikan berdasarkan kes demi kes,” katanya.  

Chieng turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Residen Bahagian Sibu hari ini bagi membincangkan bantuan selanjutnya buat mangsa banjir.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037480 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list