CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21324|Reply: 0

Ops Sky: Tiga Selebriti Dipanggil Beri Keterangan, Tak Bermaksud Mereka Adalah Suspek

[Copy link]
Post time 5-2-2025 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil tiga selebriti bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan esok.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata mereka diarah hadir jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan.




The Star



"Kami memanggil mereka untuk membantu siasatan berhubung Ops Sky.


"Ini tak bermaksud mereka adalah suspek. Mereka hanya dipanggil untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sebelum ini, Azam mengesahkan pihaknya akan memanggil selebriti terbabit termasuk seorang artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.


Januari lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.


Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.


Media melaporkan sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengubahan wang haram.


Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.


Pegawai terbabit dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi.




Sumber- Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030177 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list