CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15940|Reply: 0

[Johor] Pemegang kad UNHCR berniaga di premis kotor, menjijikkan diarah tutup serta-merta

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:49 AM | Show all posts |Read mode

PIHAK berkuasa mengambil menutup premis diusahakan warga asing yang melanggar syarat PBT. FOTO Ihsan Datuk Mohd Jafni Mohd Shukor

Kulai: Bukan saja berniaga secara haram, dua pelarian didapati mengusahakan kedai makan di premis kotor dan menjijikkan hingga boleh mengundang masalah kesihatan kepada pelanggan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Mohd Shukor berkata, dua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu adalah antara peniaga di tujuh premis perniagaan yang dikenakan tindakan tutup serta-merta di sini, kelmarin.

"Keadaan kedai makan pemegang kad UNHCR itu, termasuk dapurnya, amat kotor dan bebas menternak ayam di suatu ruangan kecil di situ.

"Mereka berniaga tanpa mendapatkan suntikan tifoid dan fikir mereka kebal serta boleh berniaga, sebenarnya tidak boleh kecuali mereka bekerja dengan orang lain dan hanya sebagai penyapu sampah atau pekerja am sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jafni berkata, operasi bersepadu terhadap aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dengan kerjasama polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Johor di kawasan Kulai.

Beliau berkata, tujuh premis perniagaan diarah tutup serta-merta kerana didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKu) 2019.

Menurutnya, dua premis perniagaan disita kerana beroperasi tanpa lesen dan tiga Notis Amaran Pembatalan Lesen turut dikeluarkan kepada pemilik premis yang melanggar syarat lesen.

"SSM juga mengenakan tiga kompaun atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 2016.

"Operasi ini bertujuan untuk melindungi kepentingan peniaga tempatan serta memastikan persaingan yang adil dan saksama dalam sektor perniagaan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.045870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list