CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33934|Reply: 13

“Kenapa dia nak bagi saya hadiah? Dia bukan suami lagi pun,”-Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 24-2-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode


Bakal memandu jentera baharu, kegembiraan pelakon Puteri Sarah Liyana membeli kereta idaman turut membuatkan netizen teruja.

Biarpun tidak dinyatakan jenis kenderaan, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, menolak telahan seorang individu yang menyangka itu hadiah daripada bekas suami, Syamsul Yusof.

“Kenapa dia nak bagi saya hadiah? Dia bukan suami lagi pun,” katanya membalas komen pengikut dalam hantaran video TikTok.



Menerusi potongan video tersebut, ibu tunggal dua anak itu berada di sebuah pusat pameran kereta untuk membawa pulang kereta baharunya.

Puteri Sarah berbual bersama seorang perunding jualan dan di belakang mereka adalah kenderaan yang dilitupi kanvas bersama riben merah.

Rata-rata menebak jentera yang kelihatan agak besar itu sebagai Kenderaan Serbaguna (MPV) Alpahard, manakala sebahagian pengikut lain menyatakan itu merupakan Mercedes Benz G63 Brabus.

  


Namun pelakon terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas berkenaan jenis dan jenama kenderaan terbabit.

“Terbaik, Syamsul fikirkan positif untuk ibu kepada anak-anaknya,” kata seorang pengikut.

“Kalau daripada Syamsul dia ambil kan,” tulis netizen lain.

  


Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023 selepas sembilan tahun hidup bersama.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Summayah, 7. –

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 09:55 AM | Show all posts
I doubt dia nak kawin balik ngan sol, teruk dulu dia makan hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik hijab PS nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah mampu skrng
Tgk dia kerja live jual brng boleh tahu usaha dia mcm mana
Siap boleh holiday obersi ank beranak
netizen dgn kebodohan berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:24 AM | Show all posts
bagilah dia cari kebahagiaan dia sendiri...mak yg bahagia buat anak2 bahagia juga

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm tahun lpas ke bila aku baca ps beli keta sndiri..hasil titik peluh dia pertama kali beli keta..murah rezeki tahun ni beli lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2025 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
elok2 je dia ni fokus biz live memanjang tiber nak petik nama ex haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lg 5 tahun ungkit ada org x byr hutang.  Petanda duit makin susut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 02:27 PM | Show all posts
She anak orang berada juga, rajin kerja, meniaga, buat live, rajin amik job model, pandai guna peluang sementara tengah panas dulu... so no doubt she mampu beli kereta mahal...tak payah harap Sol pun takpe, Sol pun ntah2 dah pokai baru balik merafak sembah Tintimoh...nak kata habis kat Birah Zakar macam tak mewah je hidup,

...lagipun boleh pakai account company kan.. why nottt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah beli kete kan hr tu..watpe bazir lg beli yg kedua
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 04:17 PM | Show all posts
Drpd balik kat samdol yg dah mencelop...elok la cari lain...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Produk apa dia jual? Xpenah tgk live dia.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:06 PM | Show all posts
nurtizen bodo yang selalu anggap perempuan takde duit nak beli harta sendiri…  sikit2 kata tok laki/ bf/ bekas…  haiyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 03:13 PM | Show all posts
ezacbee replied at 25-2-2025 02:50 PM
Produk apa dia jual? Xpenah tgk live dia.

produk Lumier, tudung Arasyi. salu live kat tiktok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.143184 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list