CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35906|Reply: 0

[Dunia] Empat lelaki maut serentak kena renjatan, tangga tersentuh kabel elektrik

[Copy link]
Post time 2-3-2025 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Empat lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik semasa melakukan persiapan bagi meraikan perayaan di sebuah gereja, pada Sabtu.

Menurut polis, ketika kejadian, keempat-empat mangsa sedang sibuk menghias pedati di Gereja Enayam Puthenthurai St Antony, Tamil Nadu.

Ketika sedang mengusung tangga yang diperbuat daripada logam, tanpa sengaja ia tersentuh dengan kabel elektrik.

Keadaan jalan yang basah tanpa diduga menyebabkan   keempat-empat mangsa terkena renjatan elektrik dalam masa beberapa saat.

Kejadian dirakam oleh penduduk kampung yang datang menyaksikan persiapan di gereja berkenaan.

Video menunjukkan percikan api tercetus apabila tangga tersentuh kabel dan keempat-empat mangsa rebah menyebabkan suasana bertukar menjadi panik.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kerajaan Kulitharai dan Hospital Kerajaan Asaripallam untuk bedah siasat.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 1.046043 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list