View: 9465|Reply: 23
|
[Tempatan]
Nur Fatihah dipercayai berada di Kemboja
[Copy link]
|
|
Kuching: Luluh hari seorang kakak sebaik mengetahui adiknya yang hilang sejak hujung Februari lalu kini dipercayai berada di negara asing.
Nina Fathie berkata, mereka sekeluarga bingung dengan kehilangan Nur Fatihah Fatrah, 20, anak kelima dari enam beradik, selepas kali terakhir berhubung dengannya menerusi aplikasi WhatsApp pada 8.52 malam 26 Februari lalu.
Menurutnya, adiknya gagal dihubungi dan menyebabkan mereka sekeluarga yang berasal dari Kampung Senau, Oya, dalam daerah Dalat di Mukah membuat laporan di Balai Polis Mukah.
Selain laporan polis itu, mereka turut menjalankan pencarian termasuk membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
"Hasil semakan itu mendapati dia menaiki dua penerbangan, satu satu domestik dari Kuching ke Kuala Lumpur dan satu lagi penerbangan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja.
"Sebaik mengetahui dia ke Kemboja, kami sekeluarga cemas, sedih, takut sebab macam-macam perkara pernah berlaku kepada mangsa sebelum ini dan kini adik saya sendiri pula berada di sana," katanya.
Menceritakan lanjut, Nina berkata, adiknya itu yang sebelum ini menuntut di sebuah kolej swasta di Kuching memberitahu ibunya dia mahu ke Kuching pada 20 Februari lalu kerana hendak mengambil barangnya di kolej berkenaan.
"Pada 22 Februari, dia memberitahu hendak ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan pula dan selepas itu sekali lagi memberitahu ibu pada 26 Februari yang dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.
"Tetapi menurut rakan-rakannya, pada tarikh 26 Februari itu dia ada memberitahu mereka yang dia hendak ke luar negara," katanya.
Menurut Nina lagi, mereka difahamkan kes itu kini dikendalikan oleh polis Bukit Aman dan mereka sekeluarga amat mengharapkan Nur Fatihah kembali dengan selamat.
"Kami juga sudah mengadakan solat hajat memohon dia dilindungi dan berdoa dia kembali ke kampung pada Aidilfitri nanti," katanya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, beliau difahamkan Nur Fatihah diberi RM2,000 oleh ahli sindiket yang menjanjikan pekerjaan di negara itu untuk dia membuat pasport dan membeli tiket penerbangan.
"Saya difahamkan kes itu kini dikendalikan oleh Bukit Aman dan Interpol. Apabila lokasi dia di Kemboja disahkan, saya akan berhubung dengan menteri kanan di Jabatan Perdana Menteri untuk mencari jalan bagi membawanya balik.
"Hasil semakan mendapati dia menaiki penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh pada 26 Februari," katanya.
Untuk rekod, pada 2019, Fatimah bekerjasama dengan Wisma Putra membawa balik 47 rakyat Malaysia dengan 40 daripadanya dari Sarawak yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penat dah kerajaan & pihak berkuasa cakap dan ingatkan rakyat jelata ni.
Jgn terpedaya!
Jgn terima job offer negara sekian sekian.
Tetaplah degil memasing.
Malehh hakuhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
memang demanding sungguh keja dekat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Apa je keje ada kat Kemboja tu sampai terpedaya |
|
|
|
|
|
|
|
immi replied at 9-3-2025 11:19 AM
Apa je keje ada kat Kemboja tu sampai terpedaya
Kan...camne la blh kena tipu..dgr kemboja je tak syok dah..lain la offer job kat japan ke, nz ke, uk ke...syok sikit dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 9-3-2025 11:02 AM
Penat dah kerajaan & pihak berkuasa cakap dan ingatkan rakyat jelata ni.
Jgn terpedaya!
Jgn terima j ...
Geng lurus bendul tak folo berita and current issues.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah sebab nya natural selection itu penting.
|
|
|
|
|
|
|
|
Diarg ni tak terfikir ke rakyat kemboja sendiri byk yg dtg cari rezeki dkt sini yg diarg nak gi sana buat apa...
Nak kesian ke tak kesian entah le tp kot terdesak sgt nak cari duit sampai hilang pertimbangan mungkin juga |
|
|
|
|
|
|
|
kerja samada jadi scammer atau jadi pelacur atau kedua-duanya. sebelum kerja dah kena rogol dulu berpuluh kali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org muda belum byk pengalaman hidup perlukan nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
Acik kemboja aman2 jer berniaga kt Msia sambil tersenyum sinis..... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi ada je sorang anak my uncle kerja sana..
elok je balik sini balik sana balik time raya..
i guess ada international company yang legit la kat sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jd salah sorang scammer yg call2 org, bila angkat dia pulak hang up le tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ds fatimah abdullah kene bantu budak ni sebab tu tempat sheols. Kalau berjaya mmg boleh guna utk tarik undi next prn |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 9-3-2025 02:27 PM
tapi ada je sorang anak my uncle kerja sana..
elok je balik sini balik sana balik time raya..
i gue ...
Ada sorang kawan adik iolss pun pernah kerja sana. Berapa tahun ntah. Tapi dia balik sini dah la tahun lepas kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 9-3-2025 04:25 PM
Sarawak kan kaya, harmoni nak..
Kitak kreja jak rah negeri kitak ya, iboh gago maok ke Malaya, ke Kemboja....
Ngegeh si Fatihah tok hooo... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 9-3-2025 02:27 PM
tapi ada je sorang anak my uncle kerja sana..
elok je balik sini balik sana balik time raya..
i gue ...
I pernah pegi program under limkokwing
Mmg jumpa ramai expats
Duduk hotel hi-end
Pegi angkor wat jumpa ramai tourist pulak
Ofis lama pun handle students cambodia
Byk international school
Yg syndicate ni tak taula camna boleh lepas huhu |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 9-3-2025 12:52 PM
kerja samada jadi scammer atau jadi pelacur atau kedua-duanya. sebelum kerja dah kena rogol dulu ber ...
Tak pasal2 dapat anak Melanau kacuk Kemboja. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul, lebih-lebih lagi tawaran pekerjaan bergaji besar yang ditawarkan di semua medsos lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 9-3-2025 11:02 AM
Penat dah kerajaan & pihak berkuasa cakap dan ingatkan rakyat jelata ni.
Jgn terpedaya!
Jgn terima j ...
Ada kes hr tu kena tipu .org tu kata keja kat Singapore..hujung2 ke tempat lain perginya |
|
|
|
|
|
|
| |
|