View: 8902|Reply: 1
|
TH dijangka kekal pulangan dividen setara tahun lalu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengekalkan pulangan dividen yang setara dengan tahun 2023, sekali gus memberikan jaminan kestabilan kepada lebih sembilan juta penyimpan yang setia dengan institusi itu.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jangkaan itu selari dengan prestasi pasaran dan pendekatan pengurusan dana TH yang unik berbanding institusi pelaburan lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (KNB).
Katanya, sebagai institusi yang diamanahkan untuk menguruskan simpanan umat Islam bagi menunaikan rukun Islam kelima, TH sentiasa memastikan dana yang mencukupi bagi tujuan ibadah haji.
"TH bukan sekadar pengurus pelaburan semata-mata. Ia perlu memastikan kecairan tunai yang cukup pada setiap masa kerana penyimpan boleh mengeluarkan wang mereka tanpa sekatan.
"Ini bermakna TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi seperti institusi lain yang lebih bebas dalam strategi pelaburan mereka," katanya kepada Bisnes Metro.
Selain itu katanya, pulangan TH turut mengambil kira pembayaran zakat ke atas simpanan, menjadikan pelaburan di dalamnya bukan sahaja menguntungkan tetapi juga memenuhi tuntutan Islam dalam aspek kewangan.
Menurutnya, keseimbangan dalam pengurusan portfolio pelaburan TH merangkumi pasaran kewangan dalam dan luar negara, dan sejak penyusunan semula pada 2019, TH sudah menstrukturkan semula asetnya dengan meninggalkan portfolio yang kurang menguntungkan.
"Ini supaya memberi laluan kepada sektor yang lebih stabil seperti hartanah, perladangan dan pegangan saham strategik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta institusi kewangan utama," katanya.
Beliau berkata, faktor pasaran turut memainkan peranan penting dalam jangkaan pulangan TH tahun ini yang mana Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan indeks purata daripada 1,400 mata kepada 1,600 mata sepanjang 2024, manakala kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kekal stabil pada 3.0 peratus menyumbang kepada pulangan konsisten, khususnya dalam pelaburan Sukuk dan simpanan Syariah.
"Prestasi kukuh syarikat GLC dan GLIC, terutamanya dalam sektor perbankan yang melaporkan peningkatan keuntungan pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, turut menjadi pemangkin kepada prestasi baik TH.
"Ini memberi isyarat positif bahawa penyimpan bakal menerima pulangan yang stabil dan memuaskan, bagaimanapun, setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri," katanya.
Beliau berkata, lebih tinggi pulangan, lebih tinggi risikonya, dan TH perlu menyeimbangkan antara pulangan serta kestabilan bagi memastikan simpanan penyimpan kekal selamat dan terus berkembang dalam jangka masa panjang.
Katanya, dengan kedudukan kewangan yang semakin kukuh dan strategi pelaburan mampan, penyimpan TH boleh menantikan pengumuman dividen tahun ini dengan penuh keyakinan.
TH sebelum ini mengumumkan kadar agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023, mengekalkan rekod yang sama selama empat tahun berturut-turut.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya porumer cari..
jika dividen Th kali ni rendah compare tahun2 sebelum..
korang cerca PM DSAI & fomula Rafizi tak?

--
itu hari
dividen EPF tinggi
rasanya x der pun porumer cari bgtau dividen ni zaman PM DSAI & formula Rafizi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|