CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9205|Reply: 2

[Tempatan] Peguam Ketua JI, Hambali, cuba dapatkan deposisi 2 rakyat Malaysia terbabit kes pengeboman Bali

[Copy link]
Post time 9-3-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Peguam kepada ketua kumpulan jihad Indonesia Jemaah Islamiyah (JI), Encep Nurjaman atau lebih dikenali sebagai Hambali, sedang mendapatkan deposisi (keterangan bersumpah melalui afidavit) dua rakyat Malaysia yang didapati bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.

Memetik laporan FMT, peguam terbabit berkata, deposisi Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, boleh digunakan dalam perbicaraan akan datang.

Selain itu, peguam berkenaan turut memaklumkan cuba mendapatkan akses ke atas komunikasi dalam pelbagai medium termasuk emel atau surat di antara dua rakyat Malaysia itu, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Untuk rekod, pada Januari 2024, kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006.

Kemudian, pada Disember 2024, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Kerajaan Perpaduan menerima Mohammed Nazir dan Mohammed Farik daripada pihak berkuasa AS berdasarkan 'prinsip hak asasi manusia dan dukungan keadilan sejagat'.

Mereka pulang ke tanah air selepas hampir 20 tahun ditahan di Bay yang dikendalikan AS untuk menjalani baki hukuman penjara lima tahun.

Peguam Hambali berkata, mereka cuba menentukan sama ada matlamat utama Kerajaan AS untuk dua rakyat Malaysia itu mendedahkan kebenaran atau mengaitkan Hambali, yang didakwa menjadi dalang pengeboman Bali.

Kedua-dua mereka membuat deposisi sebelum menukar pengakuan mereka kepada bersalah.

Mereka mengaku bersubahat dengan Hambali untuk melakukan pengeboman yang meragut 202 nyawa dan dijatuhi hukuman penjara 23 tahun.

Bagaimanapun, di bawah perjanjian praperbicaraan, mereka boleh dibebaskan selepas lima tahun dan dihantar pulang ke negara ketiga.

Peguam Hambali berkata, pihak pembelaan boleh memutuskan untuk mendapatkan kehadiran dua saksi itu bagi memberi keterangan secara langsung atau dari jauh dalam perbicaraan.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 01:05 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 9-3-2025 01:09 PM

Tampaknya masih banyak rakyat Malaydesh yang X tahu dan paham posisi Indonesia terhadap gerakak JI yang ak menjadikan  dan mengembalikan MalayDesh sebagai negara Islam yang murni  sejati...TAHNIAH untuk Tujuan danPiihan yang Suchi dan Mulia itu ...

Ingat .. Indonesia X menolak .. tetapi sepenuhnya menyokong gerakan JI yang sekarang ini tampaknya diteruskan oleh JAKIM dan kawa-kawannya itu ... Tetapi perlu kami tegaskan ... LAKUKAN ITU DI NEGARA ANDA SENDIRI MALAYDESH .. Jangan coba-coba di-EXPORT  ke Indonesia karena dasar politik beragama kita X sama ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 01:05 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 9-3-2025 05:35 PM

Walaupun dibantah Xada warga negara MalayDesh terlibat  .. TEtapi X dapat disangkal bahwa ada "Spirit Solidarity" JI dan warga Melayu dalam semua  pergolakan di Thailand Selatan selama ini ...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.080257 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list