PELAKON Won Bin dilaporkan cuba melangsaikan hutang milik mendiang aktres Kim Sae Ron sebanyak 700 juta KRW (RM2.1 juta) kepada bekas syarikat pengurusannya iaitu Gold Medalist.
Hutang itu dituntut agensi milik pelakon Kim Soo Hyun selepas pihak pengurusan menyelesaikan kes Sae Ron ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kerosakan harta awam sekitar Mei 2022.
Bagaimanapun niat baik Won Bin, 48, tidak disambut baik oleh pihak Soo Hyun yang enggan menerima wang daripada aktor tersebut.
Sebaliknya Soo Hyun bertegas mahu Sae Ron menyelesaikan sendiri hutang tersebut kepada syarikat.
Pendedahan itu dilakukan dalam ruangan komen video milik YouTube Garosero Institute mengenai tindakan Soo Hyun yang cuba menganiaya Sae Ron sebelum aktres itu pergi buat selama-lamanya.
Sebelum ini, tular mesej Sae Ron merayu kepada Soo Hyun agar diberi masa menyelesaikan hutangnya.
Sae Ron turut memberitahu aktor tersebut dia mendapat notis undang-undang dan berjanji akan membayar secara ansuran selepas menerima tawaran berlakon.
Bagaimanapun Soo Hyun tidak membalas mesej berkenaan.
Menerusi strim secara langsung sebelum ini di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.
Bagaimanapun, Gold Medalist menafikan dakwaan tersebut dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube berkenaan.
Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan iaitu pada hari jadi ke-37 Soo Hyun.
Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang bertemu mendiang.
Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.
SUMBER: mSTar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kim Sai is a unique form of Ron, and it is easy to see how some people can think that he meets Ajusi's young boy. The film certainly left an impression, and it is fun when we look at the same features or vibes among the actors, especially with such memorable films.
Berlakon best, bagi apa watak pun cemerlang. Perwatakan luar pun bagus, gentleman, tak menggelenyar dan baik hati. Tak sesia jadi pemenat kipas susah mati.
Post time 18-3-2025 01:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Harapnya karier KSH ni tak bangkit kembali satu masa nanti.. tapi tu la, korea ni artis jantan bermasalah takpa, dipuja2 lagi ha.. tapi kalau celebrity wanita, terus terkubur dibuli dorang..
iols x follow sgt korean retis. tp bila chuols ckp mcm ni, baru perasan gak yg statistik suicide ni mostly retis wanita. depa enabler patriachy gak ke mcm meleis? lelaki jer semua boleh, bila pompuan, ttiba semua jadi takleh?
nasib ler aku mmg x kenan tgk KSH nih. ada vibe yg x best bg aku. dan aku hanya penah tgk satu je drama dia i.e. moon embracing the sun. tu pun x dpt gain aku as a fan cos i still found him icky at that time. pedo rupanya