CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18833|Reply: 22

Fasha Sandha nak nangis anak Nora Danish masih anggap dirinya macam ibu kandung

[Copy link]
Post time 17-3-2025 09:28 PM | Show all posts |Read mode


Fasha Sandha terharu apabila anak sulung aktres Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli masih menganggap dirinya seperti ibu kandung sendiri.

Walaupun jarang berjumpa, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata dia tidak menyangka Rayqal tetap melayaninya sama seperti dahulu.

"Mood tersentuh sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia," katanya.

  


Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada pagi Isnin.

Mereka semua berkumpul di kediaman bekas keluarga mentua iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah bagi berbuka puasa.

Sedih melihat anak-anak semakin meningkat dewasa, Fasha tetap bersyukur mereka sekeluarga masih boleh hidup harmoni walaupun pernah berdepan pelbagai rintangan sebelum ini.

  


Malah, kata Fasha, anak-anak juga tidak pernah tahu masalah yang pernah berlaku di antara ibu bapa mereka kerana sentiasa bersatu sebagai keluarga.

"Nangis, sebak. Anak-anak kami dah besar. Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, biasalah manusia tidak lari daripada kesilapan.

"Tapi satu perkara yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni dan berkasih sayang.

"Mereka tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa sebab pada mereka kami adalah keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Fasha sempat memberikan pesanan agar orang ramai tidak menjadikan masalah penceraian sebagai cara untuk memutuskan silaturahim sesama keluarga.

"Jangan jadikan perkahwinan yang gagal sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apa-apa pun bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka.

"Merajuk kejap tak apa la, kita manusia kan, punya hati dan perasaan, bukan robot, tapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan, insya-Allah pelangi datang selepas hujan," jelasnya.

Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 10 tahun.

Fasha kemudiannya berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 5 tahun.

Sebelum itu, Rizal dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 16 tahun.

Rizal dan Nora bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian bertemu jodoh dengan usahawan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 7 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Next..

Jahlop dan seteru pulak.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa semua bengkak dalam gambar post fs tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangga keramat tue.. Pelbagai sejarah tercatat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
DukunSentet replied at 17-3-2025 02:23 PM
Tangga keramat tue.. Pelbagai sejarah tercatat..



Akhirnya, fasha join together gather
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
DukunSentet replied at 17-3-2025 10:23 PM
Tangga keramat tue.. Pelbagai sejarah tercatat..

Macam2 rahsia tangga Keramat pegang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 10:31 PM | Show all posts
bab ni aku betul2 puji kat nowa.boleh je dia racun pikiran anak dia.tapi elok je ank  dia panggil fasha ibu.sampai skrg ke panggil ibu?dulo2  acik porem karatz mak dia jahat...dgn budak pun nak melaga2kan kemain lagi ye anak dara jejai sorang tu. muka sebijik belah2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangga saksi bisu gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembungnye muka nowa.. buroksss tau!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Masing2 pun dah makin berumur, memang sikap macam ni yg patut ada. Teringat zaman bergasak forumers dalam benang Fasha, Nora.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 11:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah terharu tgk semuanya dah ok selepas ribut taufan beberapa thn sebelum
T.azura gak yg rileks dlm family tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya si pasha ni... Walaupun dia banyak buat hal... Dgn gaduh lagi... Tapi, akhirnya semua yg ada hal dgn dia... Maafkan dia and berbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-3-2025 09:32 PM
Next..

Jahlop dan seteru pulak.

Tak ada keperluan pun

Buka pernah ada share suami dan anak bin/binti laki yg sama move on lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 17-3-2025 10:31 PM
bab ni aku betul2 puji kat nowa.boleh je dia racun pikiran anak dia.tapi elok je ank  dia panggil fa ...

aside from nora, fasha plays a very big role juga.
raykal serupa grows up with fasha juga sbb kebanyakkan masa raykal kecik tu, byk masa dia dpt ngan daddy dan masa tu fasha kahwin ngan jejai dan boleh nampak kasih sayang fasha for raykal tu mmg real. so mmg x terkejut pun raykal sayang fasha as mak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab nora berhati besar, anaknya pun ikut nora, dan jejai pun pandai main peranan satukan 3-3 anaknya. So well done to them
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cintasuraya replied at 18-3-2025 12:04 AM
Tak ada keperluan pun

Buka pernah ada share suami dan anak bin/binti laki yg sama move on lah

Saudara sesama Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 12:49 AM | Show all posts
Tangga tu dari berapa orang dah jadi beratus orang beratur bergambar
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dulu nak panggil ibu pun tak kasi terus diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara tangga femes dikenali di Malaysia selain drp tangga rumah tokti Dan alip syukri.
Btw Nora ada anak tak dgn bosned? Tak pernah perasan la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 18-3-2025 01:59 AM
Lampuled replied at 18-3-2025 01:01 AM
Antara tangga femes dikenali di Malaysia selain drp tangga rumah tokti Dan alip syukri.
Btw Nora ada ...


Uols mestilah ada.

Satu lagi tangga keramat femes rumah agam keluarga naza.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.380073 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list