CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9846|Reply: 51

[Tempatan] Polis Cari Pak Cik Tampar Non-Muslim, Berdepan Penjara Dan Denda RM2,000

[Copy link]
Post time 17-3-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan lelaki yang menampar pemuda bukan Muslim kerana makan di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini.

Lelaki dewasa itu berdepan hukuman penjara sehingga setahun serta denda RM2,000, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, siasatan tersebut dibuat kerana lelaki tersebut didakwa telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan.'



“Polis terima aduan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada pukul 9.08 malam, semalam. Pengadu maklumkan telah ditampar dua kali di pipi kanannya oleh individu tersebut.

“Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila pengadu enggan memberikan kad pengenalan apabila diminta oleh lelaki tersebut selepas bertanyakan apakah agamanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Sehubungan itu, Balveer Singh meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 07-5563122. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman zombie ni banyak orang gila penunggang agama. Fitnah agama.
I believe pakcik ni kalau nampak anjing mesti suruh bunuh or panah anjing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak cik ni baru datang dari planet mana. Takkan tak tahu ada byk agama kat mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:47 PM | Show all posts
Dah tua-tua pon *****.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kau dah fefeeling dapat toron bidadari syurga kelak kan sissy lepas tampar budak tu sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:02 PM | Show all posts
tapaham aku rentua ni triggered kenapa..

xbleh tahan tgk org len mkn ke hape..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 04:03 PM | Show all posts
carik dia cepat2..pastu tampa dia balik..

benci betul aku dgn org yg suka suki je nak tampar org..

maruah org kott..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:03 PM | Show all posts
Dah tua tua sepatutnya makin matang, ini terlebih taliban perasan terpaling suci murni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 04:34 PM | Show all posts
pakcik ni kesihatan mental ok tak ok?
mcm pelik je tiba2 tmpar org sbb tak puasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:43 PM | Show all posts
pakcik yg siang2 hari masuk family mart plak kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Trrpaling moliaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik baran di mana mana. Zaman muda angkuh sombong, dah tua cari perhatian camni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary org panas baran
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:40 PM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hj.Hadi mesti bangga dpt walaun ala taliban camni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pakcik kad OKU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik.. bawak bertenang pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 17-3-2025 03:42 PM
Zaman zombie ni banyak orang gila penunggang agama. Fitnah agama.
I believe pakcik ni kalau nampak  ...

Pakcik ni kalau g indon mesti ramai yg kena tampar haha
Sbb kat Indon takde larangan nk mkn secara terbuka bulan ramadon bg yg tak berpuasa mcm budak2, bumil, dan yg uzur.
Perempuan period boleh srott srott air chagee sambil jalan2 dlm shopping mall
Apatah lagi non muslim aman2 ja menikmati




Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 17-3-2025 04:34 PM
pakcik ni kesihatan mental ok tak ok?
mcm pelik je tiba2 tmpar org sbb tak puasa

Iman dia senipis bawang
Gitulahhhh

Org kita ni dh tua2 dah berpuluh tahun puasa pun tetap juga tak mampu nak kawal nafsu, nak kawan amarah bila tiba bulan puasa apatah nk melawan rasa lapar dan dahaga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya ke dalam je la pakcik..buat malu agama islam je...nk mintak ic org pulak, ko bukan polis pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.242879 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list