“Nak meluahkan perasaan terpendam. Sebelum ini saya sudah ke sekolah berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk Haura.
"Haura ini sejenis peramah dan kadang kala terlalu mesra.
“Yang geramnya setiap kali balik sekolah dia akan mengadu perkara sama, selalu diganggu rakan sekelasnya. Setiap hari cerita yang sama, budak lelaki yang sama," katanya.
Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.
Katanya, kejadian itu kerap kali berulang meskipun ibu kanak-kanak berkenaan sudah membuat permohonan maaf kepada dirinya.
Disebabkan itu, dia membuat keputusan mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo agar berani mempertahankan dirinya.
Pun begitu, dia berharap selepas ini tiada aduan daripada mana-mana ibu bapa kerana kelakuan Haura yang hanya ingin mempertahankan diri.
“Bila berjumpa ibunya, dia minta maaf walaupun kurang menerima. Tapi tak apa saya terima. Tetapi kejadian ini berulang lagi.
“Jadi saya ambil keputusan masukkan Haura ke kelas taekwondo. Lepas ni kalau Haura yang lembut dan manja ni mengganas, nasib kau lah nak," kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Lufya yang mengutamakan keselamatan anaknya.
Mereka juga berkongsi pengalaman sama serta sedia maklum kepentingan seni mempertahankan diri pada ketika ini.
"Zaman sekarang penting ilmu pertahankan diri terutama anak perempuan, barulah tidak kena buli!
"Bagus Lufya cakna mengenai anak, biar lepas ini Haura ada tali pinggang hitam untuk pertahankan ibunya sekali.
"Anak saya (netizen) pun nasib yang sama, selalu mengadu. Saya hantar pergi kelas takewando," antara komen netizen.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020.
Mereka hanya memiliki seorang cahaya mata bersama.
Sumber: mStar