Lagu raya Serumpun nyanyian Mimi Fly menjadi bualan ramai meskipun baru dilancarkan di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lalu.
Rata-rata tidak senang dengan penampilan Mimi yang dilihat berkemban dalam muzik video lagu berkenaan yang dianggap tidak sopan untuk sebuah lagu tema hari raya.
Menjawab mengenai perkara itu, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, berkata dia berlapang dada menerima segala komen negatif daripada netizen mengenai muzik videonya.
Kata Mimi, dia tidak berniat mencipta kontroversi melalui lagunya sebaliknya terlalu fokus karya itu sehingga mengabaikan perkara lain.
"Saya terima segala komen dan kalau ada yang tersinggung dengan karya saya, saya minta maaf. Insya-Allah kalau buat lagu raya lain saya akan perbaiki.
"Bukan niat saya. Ketika ini saya sangat obses dengan karya saya sendiri. Mungkin saya terlalu fokus kepada karya itu sehingga tolak tepi perkara lain.
"Saya sudah lama menyepi, bila muncul kembali saya mula belajar semula dari mana keturunan saya. Yang mana saya ada darah serumpun dalam badan campuran Minang, Indonesia, Vietnam, dan Thailand," katanya kepada mStar.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rakaman Melodi Raya 2025 bertempat di Studio 1, Balai Berita, Bangsar pada malam Ahad.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mimi memberitahu dia tidak sambil lewa dalam menyediakan busana bagi muzik video Serumpun.
Sebaliknya dia berkerjasama dengan pereka fesyen terkenal iaitu Abu Shaef Hamza sekali gus mempelajari sejarah busana orang terdahulu.
"Saya cuma rasa busana yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya lama intai busana orang-orang lama jadi saya suka.
"Saya bukan buat seorang tetapi berkerjasama dengan pereka fesyen yang hebat iaitu Abu Shaef Hamza. Dia seorang profesional, kami belajar sama-sama mengenai sejarah baju orang lama.
"Saya lihat gambar dan jadi saya seronok. Saya nak raikan busana-busana kita sebenarnya. Saya bukan sengaja nak cipta sensasi, saya cuma obses dengan karya saya," kongsinya.
Walaupun dikritik, Mimi bagaimanapun gembira apabila karyanya mendapat perhatian ramai.
Katanya, dia berpuas hati apabila lagu Serumpun mendapat pandangan negatif dan positif daripada pendengarnya.
Serumpun dihasilkan sepenuhnya oleh Mimi dan Cuurley.
"Sekurang-kurangnya ada yang ambil kisah apa saya keluarkan kerana saya pernah berada di fasa keluarkan apa-apa pun orang tak kisah.
“Jadi saya terima semuanya dan terima kasih komen serta kritikan, saya akan perbaiki selepas ini," luahnya.
Dalam perkembangan lain, Melodi Raya 2025 bakal disiarkan pada 3 April pukul 9 malam dengan menampilkan artis hebat seperti Marsha Milan, Naqiu, Nabila Razali, Datuk Hattan, Kaka Azraff, Ara Johari dan ramai lagi.
Sumber: mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 17-3-2025 02:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Angkat akaq approve tp ni sorry akaq tak berapa bukan sbb sheols berkemban. Utk lgu ni konsep sheols sama ja mcm angkat tp oklah utk kali kedua kalau tiga kali buat sama akaq rasa akan basi tapai
Post time 17-3-2025 04:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 17-3-2025 02:29 PM
dia neh leluhur jawa ke?tapi last part of the video lebih pada unsur jawa hindu dari islam
Baka kacukan mmg mcm ni kot... Dlm ramai2 mesti ade 3,4 org yg terlampau fanatik ke bangsa keturunan...mcm kwn iolss parent dia mix cina India...kwn iolss terlebih ke arah India .sampai p belajar memasak ke India sana...bersari bagai time Deepavali... Sampai Ade kwn India ckp dia lebih India dr org India...
Post time 17-3-2025 04:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagu dah best
Tapiiii sayangggg sebab dia guna konsep yg sama mcm lagu Angkat terus jadi tak best, dia jadi bosannn
Idea tersekat di skala 6 barangkali
Post time 17-3-2025 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lagu best tapi mv dia iols kurang berkenan, tak sesuai dengan semangat aidilfiftri, hari kemenangan org Islam sambut dengan setan... hehehe bak kata netz
Post time 17-3-2025 06:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meols takde la anti Mimi tapi memang tak sensitif betul MV dia kali ni.. tang mana sambut kemenangan umat Islam dengan gaya berkemban macam tu.. Nak kata obsess pakaian orang dulu2 bukan semua orang dulu2 berkemban.. lagi2 time raya
Post time 17-3-2025 07:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia punya gaya kemban ni dipuja puji non malay katanya mengangkat budaya melayu. Hotak dia. Kaum ko pun takde ke hulu ke hilir pakai sari dan samfu tp sibuk nk suruh perempuan melayu berkemban
Lagu boleh layan, tapi jangan tengok mv atau tengok dia buat persembahan. Menggelintat sangat menari. Terjentat2, sentiasa tukar bateri baru. She kuat sangat aura nak jadi negro. She masih dengan bopren nigga lagi kah? Tak follow ig she
Post time 17-3-2025 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda replied at 17-3-2025 07:29 PM
Dia punya gaya kemban ni dipuja puji non malay katanya mengangkat budaya melayu. Hotak dia. Kaum ko ...
Depa punya fetish Kebaya ketat berkemban nampak cleavage ja.. padahal punya banyak gambar melayu dulu2 pakai baju kurung, Kebaya labuh tutup kepala semua yang tu depa buat2 tak nampak